Bebas Kewangan
Bismilahirahmanirahim...
Assalamulaikum wbt..
Kepada semua ahli group UGN dan pembaca blog Ulekmayang Gold Network sekelian..
Orang yang financially free tak perlu fikir tentang duit sepanjang hayat mereka. Mereka mempunyai pendapatan yang kukuh dan bertahan lama. Samaada mereka seorang pemilik perniagaan yang mempunyai rangkaian yang besar, ataupun seorang pelabur dengan dana yang besar! Pilihlah antara dua!
Kami bekerja bukan untuk mencari duit, tapi untuk bebas dari memikirkan tentang duit – financially free. Duit hanyalah satu daripada KEPERLUAN hidup untuk mencapai TUJUAN hidup. Orang yang paling bahagia ialah mereka yang sedar akan tujuan hidup, dan sentiasa berusaha ke arah memenuhi tujuan hidup.
Bekerja Untuk Mencari Makna Hidup
Allah sebut dalam Al-Quran, Dia tak akan ciptakan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepadaNya dengan berperanan sebagai hamba dan khalifah Tuhan di muka bumi. Pesan Nabi, sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Wasiat Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna, tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada.
Walaupun duit penting untuk sempurnakan tujuan hidup, mencari duit sepatutnya bukanlah perkara pertama dan utama dalam hidup. Banyak lagi yang perlu difikirkan dalam hidup selain mencari duit.
Bebaskan Dari Memikirkan Tentang Duit
Orang yang financially free ialah orang yang tak perlu lagi fikir tentang duit siang dan malam. Walaupun mereka terus berkerja, tetapi mereka bukan lagi berkerja untuk duit. Mereka berkerja untuk mencari kepuasan dan makna hidup.
Orang yang financilly free bukanlah orang gaji besar, dan bukan juga sekadar berpendapatan besar. Tapi mempunyai pendapatan kukuh yang melebihi keperluan mereka, dan pendapatan tersebut bertahan lama tanpa perlu ‘bekerja’ lagi. Sumber pendapatan mereka ialah;
- BISNES: Mempunyai bisnes dengan rangkaian yang besar; dan
- PELABURAN: Memiliki asset yang banyak yang dilaburkan ditempat yang betul, dan menjana pendapatan berterusan.
Inilah dia dua jalan yang diusahakan oleh orang kaya-kaya di dunia.
Bermula Dengan Ilmu Pengurusan Kewangan
Untuk menjadi kaya dan kekal kaya, perlu bermula dengan asas-asas pengurusan kewangan yang betul. Menurut Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi katanya lagi banyak ilmu anda tentang kewangan, lagi kayalah anda.
Berikut beberapa arkib artikel satu sen saya tentang kewangan berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman sendiri;
Strategi Kekayaan
- Gandakan Kekayaan Dengan Bersedekah
- Jalan Sebenar BEBAS KEWANGAN
- Cara Menggandakan Kekayaan Dengan ‘Hutang’
- Bagaimana Orang Kaya Jadi Kaya?
- Tips Jimat, Minimumkan Tunai Dalam Tangan
- Hidup di Bawah Kemampuan
- Awas, Perangkap Masa Untuk Duit!
- Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru
- Beli Kereta Terpakai, Jimat Susut Nilai
- 2 Kerugian Beli Rumah Paling Mampu
- 3 Nasihat Kewangan Graduan Baru
Motivasi Kewangan
- Duit & Pilihan Untuk Tersayang…
- Duit, Rumahtangga dan Bahagia
- Miskin dan Kaya, Mana Lebih Baik?
- Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?
- Kekayaan, Kemewahan dan Tanggungjawab
- Muhasabah Diri Tentang Keberkatan Rezeki
- Dunia Datang Bersamanya Bebanan
- Minta Keajaiban Rezeki Dari Tuhan
- Nak Beli Emas, Tapi Modal Kecil?
- Rugi Beli Kereta
- Emas Juga Real Property!
- Episod Kegawatan Telahpun Bermula (2008)
- Kaya Tak Berduit
- Keluarkan Diri Dari Kesempitan – Sedikit Pengalaman
Lindungi Kekayaan
- Apakah Kita Bersedia Kalau Hilang Upaya?
- Persiapkan Waris RM1.2 juta Sebelum Mati!
- Siapkan Wasiat Sebelum Mati
- Takaful Malaysia: Elakkan Internet Banking & Potongan Gaji
Mengurus Simpanan
- Langkah Pertama Menyimpan RM1 juta!
- 7 Prinsip Penting Menyimpan Wang
- 7 Strategi Elak Kebocoran Wang
- Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya
- Orang Berniaga Paling Banyak Menyimpan
- Simpan Emas Cepat Pergi Haji
- Emas: Simpanan Untuk Dilupakan
- Tips Jimat, Minimumkan Tunai Dalam Tangan
- Tips Jimat RM1,000 Dengan Mudah.my
- Nilai Emas Tak Boleh Dimanipulasi
- Selamatkan Simpanan Kepada Emas!
- Selamatkan Duit Cepat-cepat!
Pengurusan Hutang
- 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!
- Beli Rumah Tanpa ‘Hutang’
- Langsaikan Hutang Cara Nabi
- Awas! Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit
- Beri Hutang: Bukan Jalan Membuat Untung
- Beri Hutang: Antara Gagal dan Berjaya
- Hutang Berkat, Hutang Mudarat
- Hutang Perlu atau Hutang Mahu?
- Hutang Merintis Kemiskinan
- Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!
Sekiranya artikel-artikel ini memberi manfaat kepada anda, puji-pujian bagi Allah.
No comments:
Post a Comment