Tuesday

: Kilauan emas


Gold Shines

Emas merupakan satu aset pelaburan yang tidak mempunyai susut nilai malahan nilainya sentiasa meningkat saban tahun. Emas mampu memberikan pulangan yang lebih besar berbanding ASB!
Emas tulen 999(24K) atau 950 (22.8K) atau 916 (22K) kesemua ini adalah jenis-jenis emas yang popular di pasaran. Emas yang dimaksudkan ialah Gold Wafers, Gold Coin, Gold Bullion, Gold Nuget dan Gold Bar iaitu emas tulen 999.9% atau emas 24karat. Selain daripada itu ada juga emas 916.7% atau emas 22karat, emas ini juga digunakan untuk Gold Dinar. Kesemua emas ini digunakan untuk tujuan pelaburan oleh kerana kos upah untuk membuatnya lebih murah berbanding emas perhiasan wanita, jadi spread atau perbezaan antara harga belian/jualan lebih rendah sekaligus dapat memaksimakan keuntungan pelaburan.Secara umumnya emas tulen 999 mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding emas 916 yang nilai nya lebih rendah.
Di bawah ini merupakan kira-kira keuntungan sebenar bagi Kijang Emas 999 (24K) :
Harga belian emas 1 troy ounce (31.105g) pada 15 Januari 2009 ialahRM3,085. Manakala harga jualan emas 1 troy ounce (31.105g) pada 23 Febuari 2009 ialah RM3,731.
Seandainya pada waktu itu anda membuat keputusan untuk membeli 3 troy ounce pada 15 Januari 2009 iaitu berjumlah RM9,255 dan menjualnya semula pada 23 Febuari 2009 dengan nilai semasa ialah RM11,193, secara tidak langsung anda mendapat untung sebanyak RM1,938 dalam tempoh sebulan! Keuntungan sebanyak 20%!
Contoh di atas adalah merupakan pelaburan emas jangka pendek. (ia tidak digalakkan sekiranya anda masih baru dalam pelaburan emas dan tidak tahu bagaimana untuk membaca pergerakkan emas setiap hari..)
Menarik bukan? Pelaburan emas merupakan satu pelaburan alternatif dan paling sesuai pada masa ini tatkala ekonomi dunia masih kuncar-kancir dan tidak stabil. Emas merupakan pasaran komoditi dan harganya sentiasa berubah-ubah setiap hari.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk membeli dan melabur emas, amatlah digalakkan dan pastikan anda membeli pada harga yang terendah bagi menikmati keuntungan yang maksimum pada masa akan datang. Ingat! Emas merupakan pelaburan untuk jangka panjang yang nilainya akan sentiasa meningkat dan tidak akan susut.
Sekitar tahun 1960an wang 1 dinar emas boleh membeli seekor kambing dan sehingga hari ini 1 dinar emas masih boleh membeli seekor kambing. Mengapa? Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat seiring dengan peningkatan ekonomi dunia.
p.s : Anda masih boleh melabur dalam emas 916 jika tidak mampu membeli emas 999. Walaupun nilanya lebih rendah, ianya merupakan satu pelaburan yang menuntungkan. Emas adalah aset yang sentiasa meningkat nilainya!

No comments:

Post a Comment