Soal Jawap 2: Urusniaga Emas dalam Islam
Urusniaga emas dealer dengan customer.
Situasi 1
1. Customer tempah emas PG pada harga nilai semasa dengan menelefon atau berjumpa.
2. Jika stok emas ada, dealer terus jumpa (kadang hari yang sama, kadang-kadang hari berikutnya) customer dan menjualkannya.
3. Jika stok tidak ada, tunggu sehingga ada stok (kadang-kadang seminggu) dengan harga emas yang ditempah sebelum ini.
4. Emas PG akan diberikan dan resit akan diberikan.
Boleh di sisi syariat kerana hand by hand dan harga telah dipersetujui bersama.
Situasi 2
1. Customer tempah emas PG pada harga nilai semasa dengan menelefon atau berjumpa.
2. Keesokkannya emas dan resit akan diberi kepada customer.
3. Customer akan membuat gadaian di ar-rahnu. 65% dan baki duit akan diserahkan selepas gadaian kepada dealer.
Tidak dibenarkan oleh syariat kerana tidak hand by hand. Ia dalam masa yang tertangguh. Ia adalah riba nasa’.
Situasi 3
1. Customer lock harga pada nilai semasa dengan menelefon atau berjumpa.
2. Customer akan memasukkan duit (separuh atau mengikut harga keseluruhan) ke dalam akaun dealer.
3. Hari yang sama atau beberapa hari selepasnya, dealer akan serahkan emas berkenaan beserta resit customeran.
Tidak dibenarkan oleh syariat kerana tidak hand by hand. Ia dalam masa yang tertangguh. Ia adalah riba nasa’.
Situasi 4
1. Customer lock harga pada nilai semasa dan berjumpa dealer emas.
2. Customer menyerahkan duit mengikut harga yang ditempah.
3. Dealer serahkan emas kepada customer beserta resit.
Dibenarkan oleh syariat kerana dalam masa yang sama.
Situasi 5
1. Customer tempah emas pada harga semasa.
2. Customer membayar emas kepada dealer dan dapatkan emas tersebut.
3. Emas tersebut telah digadai.
4. Hasil gadaian 65% itu telah digunakan untuk membeli lagi emas pada harga yang sama tadi. Duit telah diserahkan sepenuhnya kepada dealer.
5. Selepas emas telah diperolehi, emas tersebut sekali lagi telah digadai.
Tiada halangan dan dibenarkan oleh syariat.
Situasi 6
1. Customer ingin menjual semula emas PGnya.
2. Dealer emas PG boleh membeli semula emas PG berkenaan dengan kadar beza +-5%.
Salah dari segi etika dan jangan diperaturankan. Dalam bentuk tawar menawar dibenarkan. Nilai emas jongkong adalah mengikut harga pasaran dan tidak luntur oleh pertukaran tangan.
Hukumnya?
Hukum Allah hendaklah diamalkan dengan taqwa bukannya dengan nafsu. Sama-sama kita bertaqwa kepada Allah.
1. Apakah hukum urusniaga emas seperti di atas?.
2. Bagaimana cara yang sebetulnya mengikut syariah Islam?.
3. Apakah yang patut dibuat oleh dealer dan customer terhadap emas yang telah dimiliki.
Taubat dan istiqhfar.
No comments:
Post a Comment