Pelaburan emas: Syiling Kijang Emas Maybank

Kijang Emas ini di di hasilkan dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. Mempunyai ketulenan 24k (999.9). Berat untuk 1 Oz = 31.1 gram, 1/2 Oz = 15.55 gram dan 1/4 Oz = 7.780 gram.
Pada muka hadapan syiling Kijang Emas ini terdapat gambar seekor kijang di dalam hutan Malaysia manakala bahagian belakangnya terdapat gambar bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya.
Dimana kita nak beli.Syiling Kijang Emas ini hanya boleh didapati di cawangan utama Maybank sahaja dan ia tidak di jual dimana-mana cawangan Maybank yang lain.
Harga Syiling Kijang Emas.Harga syiling Kijang Emas boleh lihat di semua cawangan Maybank di seluruh negara. Ia dipaparkan di Elektronik Board di bank tersebut. Walau bagaimanapun kita harus bertanya kepada pegawai bank untuk mendapat harga terkini.
Kita boleh juga lihat secara online di laman web Maybank sendiri ataupun Bank Negara Malaysia. Berminat dengan Pelaburan Emas? Baca disini.
No comments:
Post a Comment