Thursday

JENIS DAN KETULENAN EMAS


EMAS 24K : Seratus peratus emas,warnanya menarik dan amat lembut.warna emas akan berubah.Semakin pudar apabila ditambah dengan logam lain seperti aloi untuk menjadikanya keras.Emas 99.99 peratus (24K) jarang digunakan untuk membuat barang kemas kerana ia terlalu lembut dan mahal harganya.Emas inilah yang biasanya digunakan didalam kosmetik,dicampurkan di dalam makanan dan perubatan.Ketulenan emas dikira berdasarkan 24K yang mengandungi emas sepenuhnya,kemudian barulah mengikut turutan 23K,22K,18K,14Kdan 10K.
EMAS 22K : Adalah emas yang dicampurkan dengan 8.4 peratus aloi yang menjadikannya 91.6 peratus emas(22K) dan emas inilah yang kebanyakanya digunakan sebagai barang kemas wanita di Malaysia.Ini bermaksud 22 bahagian emas dicampurkan dengan logam lain seperti perak atau tembaga.Emas 22K menjadi pilihan kebanyakan orang Asia.
Emas 18K : Mengandungi 18 bahagian emas dan enam bahagian logam lain yang menjadikannya 75 peratus ketulenannya.Warnanya masih lagi kuning malah lebih tahan lasak dan kukuh berbanding emas 24K.Kebanyakan tukang emas lebih senang bekerja dengan emas 18k kerana mudah dibentuk,kukuh dan menghasilkan barang kemas yang kelihatan mewah untuk digabungkan dengan batu permata,Emas 18k menjadi kesukaan kebanyakan orang Eropah.
Emas 14K : Hanya mengandungi 58 peratus sahaja emas dan selebihnya adalah logam lain @580/1000.Emas 14K tidak terlalu keras dan tidak juga lembut,tetap bersinar dan mampu dimiliki.Orang Amerika lebih suka emas 14K kerana ia nampak lebih cantik dan mewah apabila digabungkan dengan batu permata.
Emas 10K : Emas yang paling rendah ketulenannya yang boleh dinamakan emas.Kerajaan Amerika meletakkan 10K adalah ukuran paling rendah campuran dengan logam asing dan masih boleh dipanggil emas.


MUTIARA KATA
“Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba…Datang tidak menentu masa…Datang disaat kita kesusahan, kesempitan atau memerlukan. Nilailah peluang itu secara bijaksana, rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba sahaja..Jadi jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu” – Kata2 dari Pror Dr Hamka.
“Allah jadikan dua logam yang bernilai (emas & perak) sebagai pengukur kepada barangan dagangan.Logam ini seringkali dijadikan ukuran kekayaan seseorang. Walaupun adakalanya barangan dagangan lain turut menyimpan nilai yang tersendiri akhirnya ia akan digunakan untuk mendapatkan emas dan perak. Barangan dagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran sedangkan emas dan perak tidak” Ibnu Khaldun.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah Dinar ( Emas ) dan Dirham ( Perak ) [Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Daripada Ibnu Omar r.a berkata:"Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw.sepotong emas.dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip.Emas itu telah dibawa oleh bani Sulaim dari tempat tambang(galian) mereka.Maka sahabat berkata "Hai Rasulullah!Emas itu adalah hasil dari galian kita".Lalu Nabi saw.menjawab,"Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian dan yang akan menguruskanya adalah orang-orang yang jahat".

Wednesday

Didik wanita melabur emas


Didik wanita melabur emas




Selain untuk perhiasan memilik barangan kemas juga satu pelaburan jangka panjang.


Biarpun sehalus janggut udang barang hiasan emas tetap menjadi idaman golongan wanita sejak dari dulu lagi.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa emas menjadi sahabat baik wanita yang melambangkan kemewahan dan status seseorang.
Bagi yang lebih bijak menjadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai harta yang boleh membawa keuntungan lumayan pada waktu diperlukan.
Malangnya, amalan itu tidak menjadi ikutan wanita generasi muda hari ini yang lebih suka kepada barangan berjenama lain bagi melambangkan kemewahan dan prestij.
Menurut Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul Kadir, seharusnya generasi muda hari ini mencontohi 'orang lama' untuk membeli barangan kemas sebagai hiasan dan pelaburan.
"Membeli emas hari ini sangat menguntungkan, ia bukan sekadar barang perhiasan yang boleh digunakan untuk bergaya tetapi juga aset penting memandangkan harganya semakin meningkat dari hari ke sehari,'' tegasnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Katanya, nilai emas yang sentiasa meningkat dengan konsisten mengikut harga pasaran emas dunia menjadikan ia komoditi terbaik untuk pelaburan jangka panjang.
"Sambil berhias dengan barangan kemas berkualiti pada masa sama wanita juga sebenarnya telah membuat pelaburan jangka panjang," katanya.
Menurut Abdul Razak, sudah tiba masanya untuk golongan wanita mengubah cara hidup sekarang dengan menjadikan emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup.
"Sebagai contoh setiap tahun kita belikan emas kepada diri sendiri, atau pada anak-nak bagi menggantikan hadiah-hadiah lain.
"Biarpun nampak kecil namun nilainya akan bertambah dari semasa ke semasa. Keadaan ini jika dibiarkan untuk tempoh tertentu pastinya mendatangkan keuntungan,'' kata Abdul Razak.
Katanya lagi, emas boleh dijual semula mahupun digadaikan ketika masa sesak tanpa perlu menanggung susut nilai.
Bagaimanapun beliau menyeru supaya membeli emas di tempat atau di kedai yang mempunyai nama.
"Keadaan itu penting memandangkan ia mengelakkan daripada pelanggan di tipu serta memastikan kualiti emas itu terjamin,'' katanya lagi.
Di Habib katanya, pelanggan yang membeli barangan kemas akan diberikan sijil dan keadaan itu memberikan jaminan kepada pelanggan untuk terus membeli di premis tersebut.
Lagi pun pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.
Menurutnya lagi, di Habib bukan sahaja menjual emas tetapi membeli semula emas lama untuk dileburkan.
Malah terbaru, Habib juga menawarkan pajak gadai yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menggadai barangan perhiasan tersebut.
Terangnya lagi, pihaknya kini mempunyai sebuah premis pajak gadai yang terletak di Ampang. Bagaimanapun pihaknya kini dalam persiapan terakhir untuk membuka lima lagi premis pajak gadai di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.
"Uniknya pajak gadai di sini ialah turut menerima berlian dan batu-batu berlian untuk di gadaikan,'' katanya lagi.

Dipetik drp Utusan Online

Tuesday

Bertan-tan emas tersembunyi


Bertan-tan emas tersembunyi




Geseran kerak bumi adalah antara pencetus fenomena gold rush. Ia boleh berlaku di pelbagai lokasi pada bila-bila masa kerana proses pemineralan sentiasa aktif.
Pagi Rabu itu, Sulaiman Tujuling, 76, pantas menghirup kopi O panas bersama isterinya, Halimah Amri, 73. Usai mengalas perut, pasangan tersebut mencapai kuali dan peralatan lain untuk ke pantai. Mungkin janggal jika diperhatikan pada kelengkapan yang digalas dengan destinasi yang hendak dituju.
Apa yang menanti mereka di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor sebenarnya jauh menandingi keseronokan bermandi-manda. Pasangan ini hendak mendulang emas!
Cubaan pertama mendulang di lokasi baru itu bukan sahaja mencatat sejarah tersendiri bagi Sulaiman dan Halimah, malah 'pesta mendulang' di situ sudah bermula mendahului sarapan mereka tadi.

SEBAHAGIAN daripada ‘kegilaan’ mendulang emas di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor yang dirakamkan dua tahun lalu.


"Saya mendulang sejak tahun 1957 tetapi ini kali pertama kami mendapat emas yang banyak. Biasanya kami mendulang di Teluk Iskandar tetapi tak sangka, percubaan kami di tempat baru ini dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah.
"Seharian di pantai, kami memperoleh kira-kira 12 gram emas dan apabila dijual, kami mendapat RM800," katanya.
Kisah 'durian runtuh' Sulaiman dan isterinya pantas tersebar ke seluruh negara dan menarik minat luar biasa orang ramai untuk datang mendulang di situ.
Buktinya, jika sebelum ini nama Kampung Sri Pantai hanya terkenal di kalangan penduduk setempat, kini masyarakat luar bukan sahaja bercerita malah berpusu-pusu ke kawasan tersebut untuk mendulang emas.
Bagi suri rumah, Halimah Sidin, 56, dia sanggup datang dari Minyak Beku, Batu Pahat untuk bersama ribuan pendulang lain mencuba nasib.
"Saya datang bersama seorang anak dan dua cucu. Kami membawa tiga kuali dari rumah dan sanggup berembun mendulang dimulai tengah malam sehingga air pasang keesokannya.
"Ini kali pertama saya datang mendulang. Semalam saya cuma dapat beberapa gram, itu yang membuatkan kami berkhemah di sini dan terus mendulang dengan harapan untuk dapat lebih banyak emas," katanya.
Biarpun fenomena emas 'timbul' jarang berlaku dan hasil yang dijanjikan tidak menentu, ia tidak melemahkan semangat orang ramai untuk turun mendulang di situ.
EMAS sentiasa dalam senarai teratas komoditi yang mahu dimiliki manusia kerana nilainya tinggi dan kalis inflasi.


Menjelang hujung minggu, keadaan lebih meriah malah ramai yang sanggup mendirikan khemah dan menjadikan kenderaan sebagai tempat untuk melelapkan mata setelah seharian mendulang emas.
Sekalipun sudah hampir dua tahun berlalu, pesta mendulang di Mersing mungkin akan berlaku lagi selepas ini tetapi kali ini lokasinya belum dapat dipastikan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abdul Razak, kejadian yang dikenali sebagai gold rush itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan lokasinya juga pelbagai kerana proses pemineralan boleh berlaku di mana-mana.
"Sebelum ini gold rush juga pernah dilaporkan di Lubuk Mandi, Rusila, Marang, Setiu dan Mersing. Emas yang ditemui itu terhasil daripada geseran yang berlaku di kerak bumi menyebabkan emas yang selama ini 'tersimpan' terangkat ke permukaan bumi," katanya.
Yunus memberitahu, kejadian yang membuka peluang kepada ribuan pendulang itu bagaimanapun tidak sesuai untuk dijadikan lokasi perlombongan sistematik.
"Atas ihsan kerajaan negeri, orang ramai boleh mendulang sehingga JMG mengeluarkan arahan pemberhentian atas faktor keselamatan," kata beliau yang ditemui Jurnal baru-baru ini.
Bekalan belum susut
Ramai beranggapan aktiviti perlombongan tidak lagi produktif dan tumpuan masa kini lebih terarah kepada sektor industri pembuatan, bioteknologi dan pertanian.

BERDASARKAN statistik tahun 2007, pengeluaran emas di Kelantan adalah sebanyak 80,151 gram (g), sementara di Pahang pula berjumlah 2,832,489g.


Bagi sesetengah orang, mereka percaya bekalan emas negara semakin menyusut dan aktiviti melombong sudah tidak relevan lagi.
Bagaimanapun, tanggapan itu kurang tepat. Kandungan logam kuning berkilauan tersebut masih ada. Malah menurut Buku Laporan Mineral Malaysia 2007, bekalan rizab emas semasa dalam negara ialah 106 juta tan metrik.
"Namun, angka tepat mengenai bekalan emas tidak dapat dinyatakan kerana ia bergantung kepada pengeluaran dan penemuan terbaru emas.
"Setiap kali cari gali berjaya menemukan emas, angka pastinya bertambah, tetapi apabila ia dikeluarkan, angka akan menyusut. Trend tolak tambah inilah yang mempengaruhi berapa banyak emas yang kita ada," katanya.
Tambah Yunus, walaupun pengeluarannya menunjukkan trend penurunan dari tahun ke tahun, keadaan ini masih mampu memberi pulangan kepada syarikat perlombongan.
"Pada tahun 2006, sebanyak 3.49 tan metrik telah dikeluarkan dan pada tahun 2007, jumlah menurun kepada 2.91 tan. Bagi tahun 2008, dianggarkan 2.75 tan telah dihasilkan," katanya yang menyatakan bahawa lombong emas boleh digali berulang kali bagi mendapatkan emas.
Dengan menggunakan teknik leburan atau semburan air, pelombong sudah boleh mengeluarkan butiran atau serbuk emas yang satu masa dulu tidak dapat dikeluarkan.
"Secara tidak langsung, lombong yang sudah dikenal pasti lokasi cari gali emas boleh diterokai semula bagi mendapatkan logam emas," jelas beliau.

RIBUAN manusia bertumpu ke Lubuk Mandi, Marang, Terengganu untuk mengintai peluang mendulang emas ketika berita penemuan logam berharga itu mula tersebar pada tahun 1988.


Terdapat 11 lombong emas yang masih aktif beroperasi di Malaysia. Yunus memberitahu, lombong Penjom di Kuala Lipis antara yang paling aktif di mana ia mampu mengeluarkan 95 peratus daripada hasil emas negara.
"Ada lima lombong yang beroperasi di Kelantan dan enam beroperasi di Pahang. Setiap tahun, bilangan lombong ini tidak tetap dan boleh kurang atau bertambah, bergantung kepada kos melombong, harga emas dan permintaan.
"Sungguhpun negara mampu mengeluarkan lebih daripada dua juta tan setahun, ia jauh daripada mencukupi bagi menampung keperluan dalam negara," tambah Yunus.
Keselamatan ketika melombong
Baru-baru ini, penduduk Kampung Bukit Koman, Raub, Pahang gagal mendapatkan kebenaran bagi semakan penghakiman untuk menghentikan projek melombong emas di kampung tersebut yang bermula pada Februari tahun ini.
Sebelum itu, mereka mendakwa ada penduduk yang mengalami masalah kesihatan berpunca daripada penggunaan bahan kimia sianida di projek lombong emas berkenaan.
FENOMENA gold rush turut menarik minat Halimah Sidin, 56, untuk mendulang emas di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor, dua tahun lalu.


Mengupas isu keselamatan di lombong emas dan kawasan persekitaran, Yunus memberitahu, aspek tersebut tidak dipernah dipandang remeh.
"Teknik dan cara perlombongan yang dilakukan di Malaysia merupakan cara galian terbaik yang turut dipraktikkan di negara-negara lain. Malah, bagi memastikan syarikat mematuhi piawaian itu, pemeriksaan berkala akan dijalankan ke setiap lombong," terang beliau.
Bahkan, untuk melahirkan industri perlombongan mapan, pengusaha lombong diarahkan untuk membuat pemantauan sendiri di mana mereka perlu mengambil contoh air, asap, tanah dan sebagainya untuk diuji serta dianalisis di makmal. JMG juga akan menjalankan rutin yang sama terhadap lombong tersebut.
"Daripada keputusan yang dikemukakan pihak pelombong dan keputusan yang kita peroleh, perbandingan akan dilakukan. Jika ada percanggahan dengan peraturan yang ditetapkan, teguran dan arahan penambahbaikan akan berikan," jelas beliau.
Walaupun ada aktiviti melombong menggunakan kimia dan teknik peleburan yang mungkin mendatangkan rasa bimbang di kalangan masyarakat setempat, Yunus memberitahu, aspek keselamatan yang tinggi dalam industri perlombongan mampu menyerap semua risiko dan kebarangkalian masyarakat berdepan risiko mungkin amat tipis.
"Kerja melombong mungkin dilihat berbahaya, namun risiko itu terlebih dahulu 'diserap' oleh lombong itu sendiri sebelum ia merebak keluar," katanya

Soal Jawap 2: Urusniaga Emas dalam Islam


Soal Jawap 2: Urusniaga Emas dalam Islam

Urusniaga emas dealer dengan customer.
Situasi 1
1. Customer tempah emas PG pada harga nilai semasa dengan menelefon atau berjumpa.
2. Jika stok emas ada, dealer terus jumpa (kadang hari yang sama, kadang-kadang hari berikutnya) customer dan menjualkannya. 
3. Jika stok tidak ada, tunggu sehingga ada stok (kadang-kadang seminggu) dengan harga emas yang ditempah sebelum ini.
4. Emas PG akan diberikan dan resit akan diberikan.
Boleh di sisi syariat kerana hand by hand dan harga telah dipersetujui bersama.
Situasi 2
1. Customer tempah emas PG pada harga nilai semasa dengan menelefon atau berjumpa.
2. Keesokkannya emas dan resit akan diberi kepada customer.
3. Customer akan membuat gadaian di ar-rahnu. 65% dan baki duit akan diserahkan selepas gadaian kepada dealer.
Tidak dibenarkan oleh syariat kerana tidak hand by hand. Ia dalam masa yang tertangguh. Ia adalah riba nasa’.
Situasi 3
1. Customer lock harga pada nilai semasa dengan menelefon atau berjumpa.
2. Customer akan memasukkan duit (separuh atau mengikut harga keseluruhan) ke dalam akaun dealer.
3. Hari yang sama atau beberapa hari selepasnya, dealer akan serahkan emas berkenaan beserta resit customeran.
Tidak dibenarkan oleh syariat kerana tidak hand by hand. Ia dalam masa yang tertangguh. Ia adalah riba nasa’.
Situasi 4
1. Customer lock harga pada nilai semasa dan berjumpa dealer emas.
2. Customer menyerahkan duit mengikut harga yang ditempah.
3. Dealer serahkan emas kepada customer beserta resit.
Dibenarkan oleh syariat kerana dalam masa yang sama.
Situasi 5
1. Customer tempah emas pada harga semasa.
2. Customer membayar emas kepada dealer dan dapatkan emas tersebut.
3. Emas tersebut telah digadai.
4. Hasil gadaian 65% itu telah digunakan untuk membeli lagi emas pada harga yang sama tadi. Duit telah diserahkan sepenuhnya kepada dealer.
5. Selepas emas telah diperolehi, emas tersebut sekali lagi telah digadai.
Tiada halangan dan dibenarkan oleh syariat.
Situasi 6
1. Customer ingin menjual semula emas PGnya.
2. Dealer emas PG boleh membeli semula emas PG berkenaan dengan kadar beza +-5%.
Salah dari segi etika dan jangan diperaturankan. Dalam bentuk tawar menawar dibenarkan. Nilai emas jongkong adalah mengikut harga pasaran dan tidak luntur oleh pertukaran tangan.
Hukumnya?
Hukum Allah hendaklah diamalkan dengan taqwa bukannya dengan nafsu. Sama-sama kita bertaqwa kepada Allah.
1. Apakah hukum urusniaga emas seperti di atas?.
2. Bagaimana cara yang sebetulnya mengikut syariah Islam?.
3. Apakah yang patut dibuat oleh dealer dan customer terhadap emas yang telah dimiliki.
Taubat dan istiqhfar.

Soal Jawap 1: Urusniaga Emas dalam Islam


Soal Jawap 1: Urusniaga Emas dalam Islam

Setiap mukmin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kebiasaannya pernah berdoa agar memperolehi kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani telah menunjukkan jalan-jalan kepada hamba-Nya untuk memperolehinya.
Setiap diantara kita tidak pernah terlepas dari hukum Allah samada halal, haram, harus dan makruh. Setiap makhluk tidak pernah terlepas dari pandangan Allah dan pengetahuan Allah. Semua hukum Allah adalah untuk kesenangan kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
Tertarik untuk menjalani perniagaan emas PG mengikut syariat yang Allah telah tetapkan bukan hanya sekadar ‘orang lain boleh buat, kenapa saya tak boleh buat?’. Semoga penulisan ini memberi kita manafaat hendaknya.

Illat Riba boleh berlaku dalam:
1. Barang makanan.
2. Matawang 
Illat riba – tidak boleh tertangguh (1 dengan 1. Dan 2 dengan 2) masa pertukaran. Jika tertangguh ia akan jadi riba nasa’. 
Berlaku pertukaran 2 dengan 2 misalnya dan barangnya sama. Maka dikenakan syarat tambahan iaitu selain hand by hand hendaklah dalam kuantiti dan kualiti yang sama, jika tidak akan berlaku riba fadhli(riba yang berlaku kerana lebihan dalam salah satu tukaran). Guna muhalil jika kualiti tidak sama.


Urus niaga emas dengan pembekal.
Situasi 1
1. Tempahan emas PG pada harga emas semasa. Slip tempahan emas akan dicetak.
2. Memasukkan separuh dari jumlah harga emas ke dalam akaun pembekal emas PG. (Contoh +-rm40k)
3. Bank keluarkan slip kemasukkan duit ke akaun pembekal emas PG.
4. +- seminggu emas akan sampai. Bergantung kepada jumlah tempahan emas. Sekurang-kurangnya 1kg tempahan emas, barulah emas akan dihantar. Kadang-kadang bergantung kepada stok.
5. Bila sampai stok, ada 2 kemungkinan.
i. Gadaian terus dibuat di ar-rahnu. 65% dari gadaian akan diambil dan baki hutang belian emas akan dibayar kepada pembekal. Resit belian akan ditandatangi.
ii. Baki belian emas akan dibayar sepenuhnya mengikut harga yang ditempah. Emas diambil dari pembekal. Resit belian akan ditandatangi.
6. Komisyen 1.5% dari jumlah nilai belian akan diberikan kepada dealer(dealer) setiap 15hb bulan berikutnya.


Situasi ini adalah haram. Kaedah membeli emas sepatutnya hand by hand dalam satu masa. Dalam majlis akad jual beli, serahan emas dan serahan duit atas harga emas semasa berlaku serentak. Ini adalah syariat Islam. Untuk selamat agama kita.

Situasi 2
1. Tempahan emas PG dibuat melalui internet mengikut harga semasa.
2. Slip tempahan dicetak.
3. Duit yang nilainya sama dengan tempahan emas PG dibuat, akan dimasukkan ke dalam akaun pembekal emas PG melalui bank pada hari yang sama.
4. Bank akan keluarkan resit kemasukkan duit simpanan tersebut.
5. Resit tersebut akan difax kepada pembekal.
6. Pembekal akan faxkan resit yang mengandungi penerimaan bayaran dan item-item emas PG yang ditempah.
7. Apabila stok di pihak pembekal ada / tempahan yang dibuat sesuai untuk penghantaran, pembekal akan menghantar emas PG berkenaan.
8. Emas PG akan diambil dari pembekal dan resit penghantaran ditandatangi.
9. Komisyen 1.5% dari jumlah nilai belian akan diberikan kepada dealer(dealer) setiap 15hb bulan berikutnya.


Kaedah membeli emas sepatutnya hand by hand dalam satu masa. Dalam majlis akad jual beli, serahan emas dan serahan duit atas harga emas semasa berlaku serentak. Ini adalah syariat Islam. Untuk selamat agama kita.
Dalam keadaan darurah (misalnya duit cash yang perlu dibayar tinggi dan ada risiko keselamatan) jadi boleh di- bank-in dalam masa yang hampir dengan masa penyerahan emas dan pihak pembekal hendaklah segera menyerahkan emas tersebut. Pihak pembekal perlu meyerahkan surat jaminan penghantaran sebaik sahaja menerima penyata bank-in daripada dealer. Ini dikira hand by hand secara hukmi. Darurah ini janganlah diperluaskan.

: Kilauan emas


Gold Shines

Emas merupakan satu aset pelaburan yang tidak mempunyai susut nilai malahan nilainya sentiasa meningkat saban tahun. Emas mampu memberikan pulangan yang lebih besar berbanding ASB!
Emas tulen 999(24K) atau 950 (22.8K) atau 916 (22K) kesemua ini adalah jenis-jenis emas yang popular di pasaran. Emas yang dimaksudkan ialah Gold Wafers, Gold Coin, Gold Bullion, Gold Nuget dan Gold Bar iaitu emas tulen 999.9% atau emas 24karat. Selain daripada itu ada juga emas 916.7% atau emas 22karat, emas ini juga digunakan untuk Gold Dinar. Kesemua emas ini digunakan untuk tujuan pelaburan oleh kerana kos upah untuk membuatnya lebih murah berbanding emas perhiasan wanita, jadi spread atau perbezaan antara harga belian/jualan lebih rendah sekaligus dapat memaksimakan keuntungan pelaburan.Secara umumnya emas tulen 999 mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding emas 916 yang nilai nya lebih rendah.
Di bawah ini merupakan kira-kira keuntungan sebenar bagi Kijang Emas 999 (24K) :
Harga belian emas 1 troy ounce (31.105g) pada 15 Januari 2009 ialahRM3,085. Manakala harga jualan emas 1 troy ounce (31.105g) pada 23 Febuari 2009 ialah RM3,731.
Seandainya pada waktu itu anda membuat keputusan untuk membeli 3 troy ounce pada 15 Januari 2009 iaitu berjumlah RM9,255 dan menjualnya semula pada 23 Febuari 2009 dengan nilai semasa ialah RM11,193, secara tidak langsung anda mendapat untung sebanyak RM1,938 dalam tempoh sebulan! Keuntungan sebanyak 20%!
Contoh di atas adalah merupakan pelaburan emas jangka pendek. (ia tidak digalakkan sekiranya anda masih baru dalam pelaburan emas dan tidak tahu bagaimana untuk membaca pergerakkan emas setiap hari..)
Menarik bukan? Pelaburan emas merupakan satu pelaburan alternatif dan paling sesuai pada masa ini tatkala ekonomi dunia masih kuncar-kancir dan tidak stabil. Emas merupakan pasaran komoditi dan harganya sentiasa berubah-ubah setiap hari.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk membeli dan melabur emas, amatlah digalakkan dan pastikan anda membeli pada harga yang terendah bagi menikmati keuntungan yang maksimum pada masa akan datang. Ingat! Emas merupakan pelaburan untuk jangka panjang yang nilainya akan sentiasa meningkat dan tidak akan susut.
Sekitar tahun 1960an wang 1 dinar emas boleh membeli seekor kambing dan sehingga hari ini 1 dinar emas masih boleh membeli seekor kambing. Mengapa? Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat seiring dengan peningkatan ekonomi dunia.
p.s : Anda masih boleh melabur dalam emas 916 jika tidak mampu membeli emas 999. Walaupun nilanya lebih rendah, ianya merupakan satu pelaburan yang menuntungkan. Emas adalah aset yang sentiasa meningkat nilainya!

Cara Menyimpan Emas


Cara Menyimpan Emas

Penyimpanan Emas

Banyak cara kita boleh menyimpan emas antaranya simpan dapat wang segera. Wang segera tersebut akan kita perolehi apabila kita menyimpan emas tersebut dimana2 bank yang menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat (BR) atau Agro Bank (Agro) . Di BR kita akan diberi 65% pinjaman dari harga emas tersebut, manakala di Agro kita akan diberi pilihan samada 50%, 60% atau 70%. Upah simpan bagi Agro adalah 50 sen atas RM100 nilai marhum bagi 50% pinjaman, 60 sen atas RM100 bagi 60% pinjaman dan 70 sen atas RM100 bagi 70% pinjaman dan BR adalah 75 sen atas RM100.00 daripada nilaian emas tersebut.

Satu cara lagi adalah kita menyimpan emas kita di HSBC Bank yang menawarkan Safe Deposit Box (SDB) dengan kadar yang paling rendah RM120.00/setahun iaitu kira-kira 33 sen sehari dan Deposit Kunci sebanyak RM250.00 dan akan dikembalikan semula atau di PBB juga menawarkan safe deposit box berukuran 3×5x24 inci pada harga RM100.00/setahun atau dalam 27 sen sehari dan kita juga perlu membayar deposit kunci sebanyak RM200. Deposit ini juga akan dikembalikan sekiranya kita dah tak perlu kepada SDB tu.

RHB Bank juga menyediakan SDB seperti berikut:

Effective Date: 6 April 2009 

Box Size
Below 600 cu.in.
RM140
RM120
601 to 1,000 cu.in.
RM180
RM150
1,001 to 2,000 cu.in.
RM220
RM180
Above 2,000 cu.in.
RM260
RM240
Service
Fees/ Charges
Initial Key Deposit upon opening of account
RM150
Stamp Duty on agreement
RM10
Loss/ Replacement of keys
a) Lost 1 key – Replacement
Actual cost subject to minimum RM100
b) Lost 2 keys – Force Opening
Actual cost subject to minimum RM300
Force Opening Charges
Actual cost incurred
Please click here to find out which branches are under TIER 1 & TIER 2.

Dengan menyimpan emas di bank adalah lebih selamat berbanding kita menyimpan dalam peti besi di rumah kita sendiri, tahu sajalah keadaan hari ini...silap-silap membahayakan nyawa kita dan keluarga sendiri.

Ar-Rahnu and Az-Zahab Bank Rakyat


Ar-Rahnu and Az-Zahab Bank Rakyat

PAWN BROKING-i AR-RAHNU
This scheme provides a source of immediate financing to assist individuals in overcoming cash-flow needs.
Concept

Al-Wadiah and Qardhul Hassan

Eligibility
  • Malaysian citizens aged 18 years and above and permanent residents.
  • Not a bankrupt
Quantum of Financing
  • Financing up to 65% of the pawned gold value (Marhun value)
  • Each pawned item not exceeding RM10,000.00 per day and a cumulative amount of RM50,000.00.
Repayment Period
  • Loan tenure : 6 months only
  • Extension period : 6 months (mutiple extensions) subject to settlement of safe keeping fee for the past 6 months
Pawn Products

Gold jewellery 22K - 24K

Fees

A minimum fee is charged for the safekeeping of the valuables.

Type of SchemeAmount of LoanSafekeeping fee for every RM100.00 of gold value per month
Ar-RahnuRM1,000.00 and below
RM1,001.00 - RM10,000,00
RM0.65
RM0.75
Az-ZahabRM5,001.00 - RM50,000.00RM0.75


PAWN BROKING-i AZ-ZAHAB
An extension of the Ar-Rahnu scheme, Az-Zahab also offers instant cash to overcome financial needs. This facility offers a higher facility amount and a longer repayment period.
Concept

Al-Wadiah and Qardhul Hassan

Eligibility
  • Malaysian citizens aged 18 years and above and permanent residents.
  • Not a bankrupt
Quantum of Financing
  • Financing up to 65% of the pawned gold value (Marhun value)
  • Each pawned item not exceeding RM5,001.00 per day and a cumulative amount of RM50,000.00.
Repayment Period
  • Maximum 36 monthly installments or
  • Lump sum payments for a 6 months period
Acceptable Items 

Gold jewellery 18K - 24K

Fees

A minimum fee is charged for the safekeeping of the valuables.

Type of SchemeAmount of LoanSafekeeping fee for every RM100.00 of gold value per month
Ar-RahnuRM1,000.00 and below
RM1,001.00 - RM5,000,00
RM0.65
RM0.75
Az-ZahabRM5,001.00 - RM100,000.00RM0.75

Ar-Rahnu Agro Bank


Ar-Rahnu Agro Bank


SKIM AR-RAHNU (Agro Bank.)
  • Bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan iaitu pinjam RM10,000 bayar balik RM10,000. Pinjaman yang diberi hendaklah bercagar. Cagaran yang diambil adalah barang kemas. Barang kemas ini disimpan oleh Bank berdasarkan Al-Wadiah Yad Dhamanah dan dijamin keselamatannya. Barang kemas yang disimpan dikenakan sedikit upah (Al-Ujrah).
Kelayakan
  • Terbuka kepada semua individu atau bukan individu warganegaraMalaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

Had Kemudahan/Gadaian
  • Maksimum RM50,000 @ RM10,000 / hari
  • Minimum RM100

Tempoh Kemudahan/Gadaian
  • 6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).

Jenis Barang Gadaian
  • Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti : Rantai,Subang,Cincin,Gelang tangan dan Gelang kaki,Kerongsang ,Lain-lain
  • Emas paun dan emas putih (Platinum) tidak diterima oleh Bank

Kadar Upah Simpan
Margin Pinjaman
Kadar Upah Sebulan
Bagi Setiap RM100 Nilai Marhun
50%
RM0.50
60%
RM0.60
75%
RM0.75

Penebusan Gadaian
  • Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang.
  • * Tertakluk kepada perubahan semasa polisi Bank

Kelebihan Skim Ar-Rahnu
  • Pembiayaan mengikut Syariah
  • Cepat, mudah dan selamat. Barang kemas dijamin keselamatannya
  • Lebih murah berbanding pajak gadai konvensional
  • Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh
  • Tempoh gadaian lebih lama
  • Tiada denda
  • Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai

Panduan Berurusan

Permohonan
  • Isi borang permohonan di kaunter Ar-Rahnu
  • 1 salinan kad pengenalan
  • Barang kemas yang hendak digadai
  • Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera

Pembayaran Secara Beransur
  • Bayar terus kepada tella di kaunter dengan hanya mengemukakan Surat Akuan Gadaian
  • Kekerapan bayaran tidak terhad

Penebusan Penuh
  • Bawa bersama Surat Akuan Gadaian serta bayaran penebusan
  • Jika melalui wakil, sila kemukakan Surat Akuan bertulis dan salinan kad pengenalan penggadai

Lanjut Tempoh Gadaian
  • Bawa Surat Akuan Gadaian dan bayaran upah simpan

Kehilangan Surat Akuan Gadaian
  • Bawa surat Akuan Sumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan salinan Surat Akuan Gadaian akan diberikan tanpa caj tambahan

Source : official Agro Bank website Ar-Rahnu Agro Bank..