Monday

Apakah ada Risiko dalam Pelaburan Emas?

Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal

Post image for Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal
Apa akan jadi pada pelabur emas Public Gold (PG) kalau syarikat lingkup? Apa akan jadi pada pelabur Dinar Kelantan kalau BN ambik alih kerajaan Negeri Kelantan? Pendek kata, apakah risiko pelabur emas fizikal kalau PENGELUAR lingkup?
Itu antara soalan yang biasa orang tanya saya sebelum beli emas.
Risiko Syarikat Pengeluar Lingkup?
Jawapan paling mudah yang saya rasa semua orang boleh jawab iaitu apakah risiko pembeli barang kemas kalau pekedai emas tutup kedai? Pastinya TAK ADA RISIKO sebab emas tu ada ditangan kita.
‘Invest’ dalam emas fizikal ni kita tak perlu risau. Macam beli barang kemas di kedai emas jer. Kita tak perlu risau samada kedai pengeluar tu lingkup ataupun maju sebab yang paling penting, kita pegang emas FIZIKAL. Emas ada ditangan kita. Nilai kekayaan kita bukan lagi terletak pada kedai tu, tapi terletak pada nilai berat dan ketulenan emas itu sendiri. Cuma kalau kedai tu masih wujud dan kukuh, kita akan dapat LEBIH MANFAAT. Mungkin boleh jual balik atau trade in emas tu dengan harga yang lebih tinggi berbanding trade-in di kedai lain.

Lebih Untung Jual Pada Pengeluar

syiling 10 dinar public goldKeduanya, emas ni senang dijual. Kalau syarikat pengeluar lingkup sekalipun, kita boleh jual kat KEDAI EMAS jer, pada bila-bila masa, di mana sahaja seluruh dunia. Cuma, tempat terbaik menjual balik emas ialah tempat di mana kita beli. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold sebab kita boleh dapat harga yang lebih baik berbanding jual kat tempat lain. Kalau jual pada Public Gold, dia akan susutnya lebih kurang 4% – 8%. Kalau jual emas Public Gold kat kedai emas, susut nilainya 25%.
Kalau beli barang kemas pun macam tu. Kalau beli emas Habib Jewel, kena jual di Habib Jewel sebab susut nilainya mungkin sekitar 15%. Kalau jual emas Habib Jewal pada Poh Kong, susut nilainya mungkin 25%. Tapi yang penting, emas tetap bernilai. Kalau simpan untuk jangka panjang, kita tak akan rugi sebab kenaikan harga lebih 15% – 20% setahun tu dah boleh lepas ‘kos’ susut nilai yang dikenakan oleh pekedai emas.

Risiko Syarikat Tak Mampu Beli Balik?

Soalan bonus,  kalau SEMUA PELANGGAN nak jual balik emas kepada Public Gold, mampu ke Public Gold atau syarikat pengeluar lain beli balik kesemua emas tu?
Secara realitinya, kalau pelanggan nak jual balik emas, dealer yang akan ‘berebut-rebut’ beli dulu! Saya yakin mesti dealer berebut-rebut beli kalau ada pelanggan nak jual balik emas sebab mereka dapat beli pada harga diskaun 4% – 8% dan jual balik pada customer mengikut market price 100%! Setakat ni, bila ada customer saya nak jual emas, memang tak sempat sampai ke Public Gold, saya akan beli dulu… (“,)
Kalau tak ada duit sekalipun, saya akan tetap beli dengan cara memajak emas sedia ada untuk dapatkan tunai untuk beli pada harga diskaun dari customer. Dalam worst case senario, saya akan memanfaatkan network antara dealer untuk beli balik emas tersebut.
So, bagi saya situasi dimana SEMUA PELANGGAN jual balik emas tu samalah dengan situasi bank di mana semua penyimpan keluarkan semua duit tunai dari bank dan tak berbaki walaupun satu sen di bank. Ianya sangat MUSTAHIL.

3 Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal

Bagi saya, hanya tiga (3) risiko sebenar pelaburan emas fizikal iaitu:
Risiko #1 – Harga emas turun dalam jangka pendek. Untuk urus risiko ni, pastikan anda beli emas dengan duit simpanan jangka panjang supaya anda tak terganggu dengan turun naik harga emas dalam jangka pendek – setahun atau dua tahun.
Risiko #2 – Emas tu hilang, samada lupa simpan kat mana, atau ianya dicuri. Untuk urus risiko tu, anda kena tahu cara simpan emas dengan selamat.
Risiko #3 – Ditipu semasa urusniaga jual beli emas. Ini risiko yang ramai orang terkena, terutamanya orang baru. Saya pun pernah terkena dulu. Untuk elakkan risiko ni, saya syorkan anda berurusan terus dengan syarikat bereputasi seperti Public Gold tanpa serahkan duit kepada dealer. Place order sendiri, bayar sendiri, dan ambil emas tu sendiri di ofis Public Gold terdekat. Anda cuma perlu deal dengan dealer untuk dapatkan consultation jer. Selain daripada tu, anda juga kena tahu 5 tips elakkan penipuan jual beli emas.  Saya dah sediakan panduannya.
Selain daripada tiga (3) risiko tu, pada saya pelaburan emas fizikal sebenarnya tak ada risiko.
Wallahu a’lam.
https://publicgold.com.my/v1/index.php



No comments:

Post a Comment