10 Kelebihan Utama Emas Public Gold
Dipetik drp http://www.mohdzulkifli.co

Kalau tanya saya, mana bagus beli emas Public Gold atau emas jenama lain? Jawab saya, tentunya Public Gold Saya syorkan Public Gold bukan sebab saya jadi dealer, tapi sepanjang pemerhatian saya sejak 2010, emas Public Gold yang paling senang beli, senang jual, untung maksimum dan urusniaganya sangat telus. Public Gold platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia buat masa ni.
Jangan percaya cakap saya, tapi cuba teliti 10 point yang saya senaraikan ni. Dan cuba bandingkan emas Public Gold “secara pakej” dengan emas-emas lain yang ada dalam pasaran. Bila nak beli emas, tak boleh tengok cuma satu kriteria jer, tapi kita kena nilaikan secara PAKEJ, at least 5 kriteria sebagaimana artikel saya “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan”. Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada emas yang susut nilai rendah, tapi bila kita nak jual balik, syarikat tak mampu bayar! Itu kes yang pernah saya jumpa.
Cuba teliti 10 kelebihan utama emas Public Gold ni, dan buat perbandingan:
#1 – Harga Lebih Murah Dari Kedai Emas
Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-oleh kita beli terus dari kilang. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.
Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran. Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran.
#2 – Susut Nilai Terendah Di Pasaran
Susut nilai (atau “spread”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas. Saya pernah buat perbandingan susut nilai emas di Malaysia dalam artikel “Perbandingan Susut Nilai Emas di Malaysia”. Susut nilai emas Public Gold cuma 4.5% – 8% jer, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Saya perhati, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia sebab susut nilai dia kecil. Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung. Tak perlu tunggu lama-lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh start beli balik.
Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer). Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 4.5%), susut nilai sebenar cuma 2.3% (4.5% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 3% pun dah untung 0.7%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.
#3 – Stok Tiada Had
Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock. Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2013, bulan Mac 2014 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.

#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia
Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat Mac 2014 ni, Public Gold ada 18 cawangan termasuk satu di Singapura. Setiap negeri ada office Public Gold. Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.
Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang modal tak besar. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.
#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak
Selama 3 tahun lebih dalam pelaburan emas, saya perhati, Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dsb asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.
Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal rosak pun dah jatuh nilai. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka seal plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, tak payah cerita lah…
#6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu
Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagar. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.
Mulai pertengahan tahun 2011 dulu, banyak ar-rahnu tak terima pajakan hampir kesemua jenis dan jenama gold bar dan dinar (termasuk Public Gold) sebab isu manipulasi pemajak tegar yang menjejaskan cashflow ar-rahnu. Masa tu, ar-rahnu agak “memilih” jenis emas untuk diterima sebagai cagaran pinjaman. Tapi mulai Oktober 2013, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih. Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain macam Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama terima emas Public Gold.
#7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari
Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.
Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.
#8 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar
Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat dah yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.
Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Tak ada masalah dari sudut pembayaran. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.
#9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan
Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.
#10 – Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen
Kalau beli emas RM30,000 dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold. Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu e.g. RM1,000 untuk layak jadi dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma jer. Kalau beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian pertama dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping coin 1 dinar.
Tak nak jadi dealer?
Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (kalau ada modal) sebab boleh dapat REBAT belian 1% (belian RM30,000), 1.5% (belian RM200,000) dan 2.0% (belian RM1 juta). Dan Public Gold akan bayar rebat 0.3% bila kita jual balik emas tu. Maksudnya bila jadi dealer, kita boleh jimat susut nilai sebanyak 1.3%, 1.8% atau 2.3% bergantung tahap dealership. Kalau beli RM200,000, maksudnya jimat RM3,600! Banyak juga tu…
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment