Thursday

Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

dipetik drp : mohd zulkifli.com
Post image for Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil
Assalamulaikum wbt... 
Kepada semua ahli Group UGN dan pembaca sekelian..
Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.
Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) at least 3 bulan pendapatan. Tapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, beli dulu at least 1 dinar. Lepas tu baru cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Item paling kecil yang Public Gold keluarkan (untuk pembelian kaedah biasa) setakat ni ialah syiling 1 dinar. Ia antara item terbaik untuk bermula. Kalau ada duit dalam RM600 pun dah boleh beli 1 dinar sekarang ni. 1 dinar tu emas berketulenan 91.6%, beratnya 4.25 gram.
1 2 dinar emas syiling 10 sen
Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ni, tapi coin 1 dinar Public Gold yang terbaik buat masa ni sebab harga per gram lebih murah, dan susut nilainya cuma 6% i.e. terendah di Malaysia. Nak beli pun senang sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Dan ada 7 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold.

#2 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal sekecil RM150. Skim belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Yang paling best, emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Untuk faham lebih lanjut tentang skim pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“.
gold bar lbma public gold 1 gramGold bar 1 gram Public Gold hanya boleh dibeli melalui GAP sahaja.

#3 – Beli Gold Bar 1 Gram

Bagi yang tak cukup bajet, boleh beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 jer sekarang ni. Buat masa ni yang famous di Malaysia ialah gold bar 1 gram keluaran Gold Crest Pavilion (GCP) dan Gold Silver Resources (GSR). Mulakan dengan gold bar 1 gram pun boleh, tapi saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram ni, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.
gold bar 1 gram PGCPGold bar 1 gram lebih mahal sebab minting cost-nya mahal

#4 – Beli 1 Dinar Secara Ansuran

Kalau bajet beli emas RM150 – RM200 sebulan, saya prefer beli syiling 1 dinar Public Gold secara ansuran. Cajnya cuma 0.5% atas harga belian atau minimum RM5. Boleh bayar ansuran selama 4 bulan (4 kali bayar). Bila dah habis bayar, baru boleh ambil emas di office Public Gold. Kalau habis bayar awal, boleh ambil emas tu lebih awal. Tak perlu tunggu 4 bulan.
Saya prefer syiling 1 dinar Public Gold berbanding gold bar 1 gram (jenama lain atau gold bar 1 gram secara GAP) sebab harga per gram lebih murah, susut nilainya juga jauh lebih rendah. Maksudnya, syiling 1 dinar Public Gold jauh lebih untung berbanding gold bar 1 gram.
jadual pembelian emas public gold ansuran EPPContoh jadual pembayaran 1 dinar PG. Harga semasa RM577 + RM5 caj admin.
Boleh ke beli emas secara ansuran? Sebelum beli secara ansuran, baca penjelasan saya dalam artikel “Hukum Jual Beli Emas Secara Ansuran”.

#5 – Kumpul 10 Dirham (Silver), Tukar Kepada Emas

Siapa tak nak beli secara ansuran, tapi nak beli dengan bajet dalam RM100 sebulan, boleh juga kumpul syiling 10 dirham (silver). Sebulan beli beli sekeping. Cukup 6 keping 10 dirham, jual kesemua syiling 10 dirham tu dan beli satu syiling 1 dinar.
Kaedah ni agak merugikan dari sudut kira-kira, tapi sesetengah orang, rugi begini lebih baik berbanding duit tu habis dibelanjakan sebab susah disiplinkan diri menyimpan wang. Susut nilai silver lebih tinggi dari emas. 10 dirham susut nilainya 16%, dan ada caj tambahan yang Public Gold kenakan iaitu “caj transportation”. Itu caj belian luar Penang RM5 sekeping.
10 dirham 1 dinar emas public goldCukup 6 keping coin 10 dirham (silver), tukar kepada 1 dinar emas.
Kalau nak kurangkan kerugian bila jual coin 10 dirham tu, cuba jual kepada kenalan terdekat yang belum pernah simpan silver. Jual pada harga diskaun. Kaedah tu dua-dua pihak untung. Anda untung sebab jimat susut nilai, pembeli tu pun untung sebab dapat beli pada harga diskaun.
Mudah-mudahan dengan tips ni, semua orang boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas. InsyaAllah.
Wallahu a’lam.

Cara Elak Kebocoran Wang

7 Strategi Elak Kebocoran Wang

Di petik drp : Mohdzulkifli.com
Post image for 7 Strategi Elak Kebocoran Wang
Assalamulaikum wbt.. 
Kepada ahli Group UGN dan pembaca yang dihormati sekalian..
Kewangan bukan sekadar matematik, tapi juga tentang mengurus emosi. Banyak feedback yang saya dapat pasal masalah menyimpan. Bukan sebab tak cukup duit, tapi tabiat dan desakan emosi tu yang jadi susah nak menyimpan. Salah satu sebab saya syorkan simpan emas tu untuk kawal emosi berbelanja dan untuk pupuk tabiat suka menyimpan. Simpan emas bukan sekadar nak untung kenaikan harga emas dalam jangka panjang, tapi yang lebih penting, emas boleh memupuk sikap yang ada pada orang kaya-kaya iaitu suka kumpul harta.
Walaupun mungkin ada tahun yang ASB dan Tabung Haji lebih untung dari simpan emas, tapi saya percaya orang simpan emas lebih bertahan kekayaan dia. Cuba perhati, apa orang akan buat bila dapat dividen Tabung Haji atau ASB? Majoriti akan belanjakan dividen tu habis licin tak sampai sebulan! Bahkan belum dapat duit, dah siap-siap fikir nak beli apa. Itu masalah biasa bila simpan duit kertas. Kekayaan kita mudah bocor.

Kumpul Harta, Bukan Cari Makan

Orang dulu-dulu tak simpan duit kertas, tapi mereka simpan kekayaan dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, emas ataupun rumah-rumah sewa. Bila mati, duit tunai berbaki biasanya tak banyak. Yang ada cuma harta-harta sebenar. Kalau simpan dalam bentuk tunai, saya yakin duit-duit tu dah lama habis. Tak ada apa-apa harta yang boleh diwariskan.
Ada seorang kawan saya masa sembang beberapa bulan lepas katanya, orang tua dia pesan, “Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan”. Maksudnya, bila dapat duit, tukar duit tu ke dalam bentuk harta sebenar macam emas, tanah atau rumah-rumah sewa. Sebab harta-harta tu akan membuatkan kita kaya dan boleh jana hasil daripada harta-harta yang kita ada. Duit yang kita simpan dalam bentuk tunai, risiko kebocorannya sangat tinggi!

Matematik Kalah Dengan Emosi

CT  SC-FAM-CASH-KIDS-3C 0110 EMSebabnya bila simpan duit kertas, kita biasanya kalah dengan desakan EMOSI untuk berbelanja. Ada saja barang yang kita rasa perlu beli. Bila ada yang berkenan, otak kita mesti match dengan nombor-nombor duit yang kita ada. Tengok barang RM500, otak kita mesti matchkan dengan duit simpanan dalam akaun bank. Bila dah match, duit tu mesti bocor. Alah… RM500 jer. Kalau belanja pun, ada lagi RM2,500… Kita berbisik pada diri sendiri nak sedapkan hati. Tapi kalau simpan emas dan harta-harta sebenar, otak kita tak boleh match. Kita rasa kita tak ada duit walaupun hakikatnya kita boleh jual atau pajak emas-emas tu bila-bila masa nak pakai duit.
Jadi simpan emas bukan sekadar nak untung kenaikan harga jangka panjang, tapi untuk memupuk sikap orang kaya-kaya iaitu suka kumpul harta. Emas adalah harta yang mudah dibeli walaupun dengan modal kecil. Sekali beli, rasa nak beli lagi sebab ianya cantik dan manusia memang sukakan emas. Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Bila terpaksa jual, kita akan cari duit untuk beli balik emas tu. Itu tabiat biasa penyimpan-penyimpan emas. Suka kumpul harta dan sayang nak belanjakan harta. Akhir sekali, dia lebih kaya sebab perangai orang kaya suka kumpul harta, tapi orang biasa suku kumpul beban hutang.

Pertahankan Kubu Kewangan

Kalau ikutkan Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad katanya, orang kaya kumpul harta dan pertahankan harta macam tentera pertahankan kubu dalam peperangan. Apa-apa pun, kubu mesti dipertahankan dulu. Bila dapat duit, bayar (simpan) diri sendiri dulu. Selebihnya baru berbelanja. Tapi orang biasa, dia belanja dulu, selebihnya baru simpan. Itulah antara perbezaan orang kaya dengan orang biasa.
simpan emas elak duit bocor

7 Strategi Elak Kebocoran Wang

Jadi kalau nak kaya, kita kena handle emosi dengan biasakan diri dengan tabiat-tabiat yang boleh elakkan kekayaan kita daripada bocor. Antaranya:

Strategi #1 – Bayar Diri Sendiri Dulu

Bila dapat duit, bayar diri sendiri dulu dengan tambahkan simpanan. Selebihnya baru berbelanja. Bukan berbelanja dulu, lepas tu tunggu duit lebih baru simpan. Kalau tunggu duit lebih, alamatnya memang tak akan menyimpan.

Strategi #2 – Tukar Duit Kepada Harta

Kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukar duit tu ke dalam bentuk harta sebenar macam emas, tanah, atau rumah-rumah sewa. Jangan biarkan duit tu terbiar dalam bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.

Strategi #3 – Potong Semua Kad Kredit

Potong semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit tu lubang hutang paling mudah. Ia hutang yang kita tak sedar bahkan ia jadi simbol status. Memang nampak hebat kalau ada kad kredit Platinum, tapi kad kredit boleh jadi ‘kanser’ kewangan sebab kita tak terasa duit kita bocor. Tahu-tahu hutang dah banyak. Dah la interest paling tinggi berbanding pinjaman lain,  interest dia compounding pulak tu.

Strategi #4 – Berbelanja Secara Tunai

Kalau nak beli barang, pastikan beli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah, hatta zero interest payment sekalipun. Walaupun mungkin zero interest payment tu secara matematiknya macam untung , tapi ia memupuk tabiat suka berhutang. Dalam jangka panjang, ia bahaya.

Strategi #5 – Langsaikan Hutang Paling Kecil

Bila nak langsaikan hutang, target hutang yang jumlahnya paling kecil dulu sebab bila satu hutang dah settle, ia jadi motivasi untuk langsaikan hutang-hutang lain. Bila dah bebas hutang, kita rasa berat untuk buat hutang lagi kecuali “hutang baik” yang membuatkan kita lebih kaya.
Tapi kalau ada dua (2) hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, settlekan hutang yang interest rate paling tinggi dulu.

Strategi #6 – Buat “Hutang Baik”, Tambah Harta

Bila dapat kenaikan gaji yang bagus, atau pendapatan dah meningkat, manfaatkan kenaikan tu untuk buat hutang-hutang baik seperti tambah rumah sewa, beli tanah dsb. Bukan tukar kereta baru! Saya perhati ramai orang bermasalah nak simpan duit walaupun kalau ikut kira-kiranya, dia sepatutnya boleh menyimpan. Bukan senang nak paksa diri simpan duit, tapi kalau hutang, kita terpaksa bayar! Kalau buat hutang baik, kita terpaksa kaya! Tapi hutang-hutang tu mesti diurus dengan baik.

Strategi #7 – Tinggalkan “Window Shopping”

Tinggalkan sikap suka merayau-rayau di shopping complex, suka terapi diri dengan bershopping, suka semak brosur-brosur promosi dalam post box atau surat khabar, pergi ronda-ronda pasar malam dsb. Sikap ni saya dah tinggalkan dah bertahun-tahun sebab sikap macam ni terbukti duit kita senang sangat bocor. Kalau asalnya cuma nak dibeli 10 barang, tapi akhir sekali kita akan bawa balik at least 15 barang! Kenapa macam tu? Sebab kewangan bukan sekadar matematik, tapi juga tentang mengurus emosi… Bila kita saja-saja tengok barang-barang yang kita tak perlu, mesti ada yang kita jatuh hati dan akhirnya terbeli.
Tabiat-tabiat yang saya senaraikan ni antara cara saya tutup emosi berbelanja dan mengelakkan kekayaan daripada bocor. Bila lubang-lubang kebocoran wang ni kita tutup, insyaAllah kekayaan kita senang berkembang walaupun mungkin pendapatan bulanan kita tak sebesar mana. Jangan ingat orang income besar tu kaya raya sebab saya jumpa ramai orang incomenya 5 angka sebulan, tapi duit simpanan kecemasan pun tak ada!
Wallahu a’lam.

“Faktor utama yang menentukan masa depan kewangan kita bukan ekonomi, tetapi psikologi” – Jim Rohn

Monday

Apa itu GAP Public Gold




Post image for Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold
Assalamulaikum wbt..
Kepada ahli Group Ulekmayang Gold Netward dan pembaca yang dihormati serta dirahmati oleh Allah swt..

Ramai orang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi jer. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM150 – RM200 jer sebulan.
Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah kat mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.

Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold


Untuk keterangan Lanjut sila Call/whatsApps/Telegram : Abg Man 019-2915336

Program GAP Ala “Akaun Emas”

GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dan GAP kita boleh keluarkan semua emas tu. Tak perlu tinggalkan baki minimum dalam akaun sebagaimana KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.
program kumpul emas Gold Accumulation Program (GAP)

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
gold bar lbma public gold 1 gramGold bar LBMA 1 gram Public Gold.

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni. Sebagai perbandingan, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:
#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)
#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)
#3 – Susut Nilai : Susut nilai KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (8%), 10 gram (8%), 20 gram (6%), 50 gram (5.5%), 100 gram (5%), 250 gram (4.5%) dan 500 gram (4.5%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)
#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka balik akaun, kena start semua pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. (kekurangan KFH)
#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)
#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch luar Penang dikenakan caj “gold premium” yang minimum. (kelebihan KFH)
#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal, sama macam Public Gold. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Public Gold jamin beli emas tu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai sekitar 15%. (kekurangan KFH)
#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:
  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:

Langkah #1 : Bank-in Duit Ke Akaun Public Gold

Bank-in duit ke 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.
Berapa banyak kena bank-in?
Sebelum bank in, semak dulu harga per gram di website Public Gold. Harga GAP disemak sehari sekali. Harga akan berubah selepas jam 12.00 malam. Kalau nak bank-in duit hari ni, kena bayar ikut harga hari ni. Kalau nak bank-in esok, kena bayar ikut harga esok. Jangan bank-in lebih!
harga gap public goldHarga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli. Jangan bank-in mengikut harga RM100 tu sebab saya khuatir tak patuh syariah.
Lepas bayar, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my . Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada tgaztie@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.
Dalam email tu, letakkan maklumat anda supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Kalau isteri saya nak beli GAP, dia akan emailkan maklumat di bawah bersama dengan slip bayaran:
Najdah bt. Mohammed Hussain (nama penuh)
810803-11-2020 (no. ic)
019-927 2780 (no. telefon)
najdah3881@gmail.com (email)
RM141 (jumlah pembayaran)
31.8.2014 (tarikh pembayaran)
05:34PM (masa pembayaran)
PG050546 Tengku Azman Shah (introducer)

Langkah #2 : Sms atau Whatsapp Maklumat Ke 017-4866 916

Lepas tu, hantarkan maklumat  di langkah #1 tadi melalui sms atau whatsapp ke 017-486 6916 (simpan no. telefon ni) untuk Public Gold keluarkan GAP Statement. Ikut format yang saya tunjuk ni.
cara-order-GAP-public-goldIkut format whatsapp atau sms ni. Kalau whatsapp, attachkan sekali slip bayaran supaya lebih mudah Public Gold sahkan pembayaran.
Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya atau mana-mana dealer sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold. Kalau nak letak nama saya sebagai introducer, kod saya PG050546 (Tengku Azman Shah)

Langkah #3 : Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran

Dalam masa dua (2) hari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP ni. Simpan penyata ni baik-baik bersama dengan resit bayaran original untuk rekod.
GAP statementIni contoh penyata GAP yang PG akan emailkan.
Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Untuk persoalan tentang prosedur tambah lagi simpanan GAP, atau cara nak jual balik GAP tu, boleh baca panduan yang Public Gold sediakan (KLIK DI SINI).




Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

Untuk keterangan Lanjut sila Call/whatsApps/Telegram : Abg Man 019-2915336

Wednesday

GST vs Pelaburan Emas 2015

GST vs Pelaburan Emas 2015

https://publicgold.com.my/referral/PG050371/588881
Assalamulaikum wbt..
Kepada semua ahli group Ulekmayang Gold Network dan pembaca yang mulia serta dirahmati Allah swt..
Post image for Strategi Pelaburan Emas 2015
Cabaran utama pelaburan emas pada tahun 2015 ialah perlaksanaan GST (Good & Services Tax) yang akan bermula pada 1 April 2015. Mana-mana negara, bila cukai GST dikenakan, pasaran emas akan terjejas teruk samada barang kemas atau emas pelaburan. Emas tak lagi menarik untuk dijadikan salah satu bentuk simpanan sebab kosnya dah meningkat. Cuba bayangkan, kita terpaksa bayar lagi kos tambahan 6% daripada harga emas yang kita beli, sedangkan komisyen dealer emas Public Gold seperti saya pun cuma 1% – 2% sahaja! Maksudnya, kos tambahan 6% bagi emas tu sangatlah besar.
Selain susut nilai emas, kos simpanan emas, dan kos logistik untuk hantar atau ambil emas yang saya anggarkan sekitar 8% – 15%, kita terpaksa bayar lagi 6% dan menjadikan kos pemilikan emas sebenar boleh mencecah 20% daripada nilai emas tu sendiri! Bila kos sudah 20%, kalau harga emas naik 20% setahun (tapi jarang-jarang berlaku), maksudnya kita baru balik modal! Belum lagi untung. Jadi inilah cabaran penyimpan atau pelabur emas fizikal di Malaysia tahun 2015 yang ramai orang di luar sana tak tahu.

Salah Faham Pengecualian GST

Pada 13 Oktober 2014, secara rasminya kerajaan keluarkan senarai barangan yang dikecualikan GST, ia termasuk emas pelaburan. Jadi ramai pengeluar emas salah faham tentang senarai itu. Mereka fikir semua emas ketulenan 99.5% dan ke atas akan dikecualikan GST! Sedangkan, hanya emas 99.5% yang mempunyai standard antarabangsa (seperti LBMA) sahaja dikecualikan GST. Emas yang lain, masih dikenakan GST walaupun emas berketulenan 99.99%! Fakta ini memang telahpun disahkan oleh Public Gold sendiri dengan Jabatan Kastam.
Jadi sekarang ni, hampir kesemua gold bar dan dinar Public Gold ditukar kepada emas yang diiktiraf oleh LBMA (London Bullion Market Association), kecuali Bungamas dan Taifok. Dan Public Gold satu-satunya syarikat tempatan yang mempunyai emas LBMA-nya tersendiri buat masa ini.
publi gold bar LBMABentuk gold bar dengan pengiktirafan LBMA
public gold dinar 999 lbmaDinar 999.9 dengan pengiktirafan LBMA

Kelebihan Dan Kekurangan Emas LBMA

Secara ringkasnya, ini saya senaraikan kelebihan dan kekurangan emas LBMA untuk makluman sahabat pembaca:
Kelebihan emas LMBA Public Gold
  1. Pembeli jimat dari membayar cukai GST sebanyak 6%
  2. Emas ini diiktiraf peringkat antarabangsa. Maksudnya kalau nak jual di luar negara, ia diterima dengan harga yang lebih tinggi.
  3. Ianya sangat cantik, nampak high-class, dan saya yakin kita bangga memiliknya. Emas LBMA ni menyelesaikan rungutan pembeli emas Public Gold sebelum ni tentang packaging yang rendah standard.
Kekurangan emas LBMA Public Gold
  1. Emas ini berseal kekal. Kalau buka plastik seal tu, Public Gold hanya akan beli balik sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 15%.
  2. Emas ini diterima oleh banyak ar-rahnu, tapi kebanyakkan ar-rahnu mensyaratkan seal tu mesti dibuka untuk ujian ketulenan. Kalau buka, maksudnya kita rugi susut nilai 15%. Buat masa ni, cuma Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.
  3. Susut nilai lebih tinggi sedikit.
  4. Gold premium lebih tinggi sedikit.

Strategi Pelaburan Emas 2015

Jadi dengan perkembangan terbaru ni, apa yang pembeli emas Public Gold perlu tahu dan pertimbangkan beberapa strategi penting, antaranya;

#1 – Gold Bar dan Dinar Sama Sahaja

Tak ada beza dari sudut (1) ketulenan, (2) harga per gram, dan (3) spread / susut nilai. Jadi kalau orang tanya saya mana yang lebih baik untuk pelaburan, gold bar atau dinar? Jawapan saya sama sahaja.
gold bar dinar lmba 2015

#2 – Gold Premium Dikenakan Di Penang

Kalau dulu, semua item pembelian Public Gold di Penang akan dikecualikan caj “gold premium”, tapi sekarang, pembelian di Penang juga dikenakan caj “gold premium”. Ini disebabkan Public Gold menanggung kos yang lebih besar untuk tempah emas tersebut dari kilang yang diiktiraf LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri (Turkey), dan dibawa masuk ke Malaysia.
Jadi kalau sahabat pembaca beli emas untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi, pertimbangkan item yang gold premiumnya lebih rendah. Contohnya, gold bar 1 gram RM5 sekeping. Kalau 10 keping, kita kena bayar RM50, tapi kalau gold bar 10 gram x 1 keping, gold premium cuma RM10 sahaja. Jimat RM40! Tapi kalau nak mudah jual sikit-sikit nanti, emas yang item lebih kecil lebih baik walauupun gold premiumnya lebih tinggi.
public gold gold premium

#3 – Kaedah GAP Mungkin Terbaik

Kaedah pembelian GAP (Gold Accumulation Program) bagi saya sangat bagus sebab kita boleh simpan percuma dengan Public Gold, atau boleh keluarkan emas tu bila-bila emas. Bagi pembeli emas secara kecil-kecilan, mungkin harga per gram lebih murah berbanding membeli dengan kaedah biasa i.e. lock harga -> bayar -> collect item.
Contohnya, kalau beli gold bar 1 gram dengan kaedah biasa (lock harga atau cash & carry), harga hari ni kita perlu bayar RM165. Tapi kalau beli menggunakan kaedah GAP, kita hanya perlu membayar RM141 + RM5 gold premium. RM5 tu kita cuma bayar masa nak ambil emas tu nanti di office Public Gold.
harga emas public gold 2015-01-02 at 5.01.29 AM
Jadi kalau nak beli emas, cuba bandingkan dulu harga GAP dengan harga emas per item yang dipaparkan di website Public Gold. Kalau harga GAP lebih rendah, lebih baik beli cara GAP. Harga GAP disemak mengikut harga jam 12.00 malam setiap hari, sedangkan harga per item disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.

#4 – Bungamas dan Tai Fook Mudah Untuk Pajakan

Bagi yang masih nak beli emas Public Gold yang tak berseal untuk memudahkan pajakan, kita masih boleh beli gold bar Bungamas dan Tai Fook. Ia masih bebas dari GST kalau beli sebelum 1 April 2015.
bungamas tai fook public goldGold bar Bungamas dan Tai Fook Series keluaran Public Gold
Saya dapat tahu, Public Gold akan terus jual dua produk tak berseal ini walaupun dikenakan GST nanti. Harga, susut nilai, dan ketulenan gold bar Bungamas dan Tai Fook sama sahaja berbanding emas LBMA. Bezanya cuma ia tak berseal dan bakal dikenakan GST. Jadi kalau nak jimat, borong banyak-banyak dari sekarang! (“,)

#5 – Tukar Dinar 916 kepada Dinar 999.9

Sekarang, Public Gold dah tak jual dinar berketulenan 91.6%. Ia digantikan dengan Dinar LBMA yang berketulenan 99.99%. Ia lebih cantik, lebih mahal sebab ketulenannya lebih tinggi, dan paling penting, ia dikecualikan GST.
Bagi pemilik dinar 916, Public Gold jamin beli balik emas tu, jangan risau. Public Gold masih paparkan harga di website. Sila rujuk harga “PG Buy” 1 Dinar 916 di website. Harga “PG Sell” tu dah tak relevan sebab emas tu dah tak dijual lagi. Bila “PG Sell” dah tak relevan, spread / susut nilai pun dah tak relevan. Jadi kalau nak jual coin 5 dinar x 1 keping, rujuk harga “PG Buy” darab dengan 5 sahaja.
harga emas public gold 2015-01-02 at 5.01.29 AM
Bagi yang nak tukar Dinar 916 kepada Dinar 999.9, Public Gold sekarang buat promosi. Kita cuma perlu tambah RM60 untuk setiap 1 dinar. Saya buat anggaran kos, perbezaan sebenar harga 916 dan 999.9 untuk berat 4.25 gram ialah sekitar RM45. Bila ditambah dengan gold premium RM5 untuk 1 dinar, kos sebenar sekitar RM50.Jadi kalau Public Gold caj RM60, bagi saya KOS TAMBAHAN yang kita perlu tanggung sebenarnya sekitar RM10 sahaja. Ia sangat murah.
trade in dinar 916 dinar 999 lmbaPromosi tukar dinar 916 kepada dinar 999.9
Cuma saya tak pasti kaedah ini patuh syariah atau tak sebab ia seolah-olah trade-in emas yang sama beratnya. Jadi buat masa ni, saya masih simpan syiling-syiling dinar 916 saya. Rasa sayang nak jual atau trade-in sebab ia senang untuk pajakan ar-rahnu dan mungkin boleh dijual sebagai “rare item” tak lama lagi.

#6 – Beralih Kepada Syarikat Emas LBMA

Nasihat terakhir saya ni mungkin agak keterlaluan. Tapi secara jujurnya, saya syorkan semua pembeli emas pelaburan jenama yang bukan LBMA, sila tukar kepada syarikat emas yang ada produk LBMA sendiri mulai sekarang!
Syarikat yang jual emas bukan LBMA akan bermasalah. Jualan mereka akan jatuh mendadak! Dan tentunya pembeli emas akan terkena tempias ‘kerugian’ tersebut. Buat masa ini, pilihan yang ada cuma emas Public Gold, atau emas jenama antarabangsa yang lain seperti Pamp Suisse, Canadian Maple Leaf, dan lain-lain jenama antarabangsa yang dijual oleh UOB Bank.
Bagi saya, pilihan yang paling baik untuk tahun 2015 ini bagi pembeli emas pelaburan di Malaysia hanyalah Public Gold. Ia senang dibeli, senang dijual, dan untungnya maksimum, insyaAllah.
Jadi itulah strategi-strategi penting yang pelabur emas di Malaysia (terutamanya pembeli emas Public Gold) perlu pertimbangkan untuk tahun 2015 ini. Mudah-mudahan artikel ini dapat beri pencerahan tentang prospek pelaburan emas di Malaysia diambang pelaksanaan GST, insyaAllah.
Wallahu a’lam..
seminar gst dan syariah 2015Saya syorkan sahahat pembaca join seminar ini untuk faham cabaran pelaburan dan strategi pelaburan emas 2015. Speaker-speaker yang bagus dijemput khas oleh Public Gold. Harga tiket cuma RM100, siap dengan makan lagi.


Sumber dari : MohdZulkifli.com

Monday

Untungnya Menjadi Dealer Public Gold

6 Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

https://publicgold.com.my/referral/PG050371/588881
Assalamulaikum wbt..
Kepada Semua ahli Group Ulekmayang Gold Network dan pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah swt..

Kalau ada bajet cukup, dan alang-alang beli emas, jadilah terus dealer Public Gold sebab dealer boleh untung dalam semua urusniaga dan semua keadaan harga emas samada naik atau turun. Beli emas untuk diri sendiri untung, jual emas sendiri pun untung. Harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi untung. Syaratnya, jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold.
Sebenarnya, saya dulu beli emas Public Gold cuma untuk simpan sendiri jer. Asalkan duit saya jadi emas jer. Dan dari awal lagi saya pasang niat, saya tak nak berniaga emas. Tapi bila saya tengok ramai kawan-kawan buat kesilapan yang merugikan dalam pelaburan emas, sedangkan saya ada ilmu dan platform terbaik pelaburan emas di Malaysia i.e Public Gold, saya rasa ada tanggungjawab untuk bantu orang lain. Masa tu baru saya realise, oh, besarnya manfaat sebagai dealer, walaupun hanya untuk simpanan sendiri semata-mata.
Berdasarkan pengalaman saya, ini 6 keuntungan sebagai dealer emas Public Gold:

#1 – Rebat Belian Emas Sendiri

Untuk jadi dealer, kita kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu resit. Setiap belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1%. Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat rebat RM100. Dah la harga emas Public Gold murah RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, kita jimat lagi rebat 1%. Tahap rebat ni boleh meningkat kepada 1.5% dan 2,0% mengikut tahap dealership masing-masing.
komisyen dealer public goldRebat belian dan jual balik dealer Public Gold

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri

Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.

#3 – Komisyen Introduce Pembeli

Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Public Gold ni emas simpanan terbaik di Malaysia, jangan ‘selfish’, tapi ceritalah kepada orang lain. Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold. Lagi rugi besar kalau mereka terbeli barang kemasJadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold. Manfaatkan facebook dan whatsapp tu. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.
Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing. Kalau sebulan ada orang beli RM60,000 hasil celoteh kita pasal emas di facebook, maksudnya Public Gold bayar RM600. Ok la tu, modal ilmu dan ‘air liur’ jer. Kita cuma consult dan tolong place order jer. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Dengan duit RM600 tu, tambah lagi sekeping 1 dinar sebagai simpanan! Tambah simpanan 1 dinar sebulan secara PERCUMA. (“,)

#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan

Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insyaAllah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak susut nilai 4.5% – 8.0%.
harga pg buy susut nilai“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan susut nilai dari harga “PG Sell”.
Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.
Secara jujurnya, saya tambah simpanan emas sekarang ni hanya dengan beli daripada customer pada harga diskaun “PG Buy” jer. Seolah-olah saya beli emas tanpa susut nilai! Harga emas naik 5%, maksudnya saya terus untung 5%! Kalau saya beli RM10,000, nak dapat untung RM500 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual

Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’. Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 6%! Kalau beli RM10,000, untung RM600 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividend Tabung Haji dan ASB?

#6 – Komisyen Overriding “Dealer”

Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Pengalaman saya, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.
jongkong dinar emas public goldBeli mana-mana emas Public Gold bernilai RM20,000 dalam satu resit, automatik jadi dealer. Untuk tengok foto-foto emas keluaran Public Gold, KLIK DI SINI.
Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai intoducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar kepada saya 1% atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%). Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai saya mati, atau dealer dan customer saya mati.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, insyaAllah.


Bermula dengan beli emas untuk simpanan sendiri semata-mata, saya tak pernah terfikir Allah nak lapangkan rezeki kami sekeluarga melalui bisnes emas Public Gold.
Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:
  • Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
  • Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
  • Peluang beli emas dengan harga diskaun 4.5% – 8% (susut nilai).
  • Untung berganda bila bantu orang lain (komisyen jualan).
  • Untung simpan emas bila harga emas naik.
  • Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
  • Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
  • Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.
Wallahu a’lam.

https://publicgold.com.my/referral/PG050371/588881

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

https://publicgold.com.my/referral/PG050546/591571
Post image for 5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat
Ramai yang tanya saya cara nak untung besar dengan ar-rahnu. Tapi secara jujur saya katakan TAK ADA MAGIC dengan ar-rahnu. Ar-rahnu hanyalah pinjaman bercagarkan emas yang ‘interestnya’ sekitar 14% – 18% setahun! Ia sangat tinggi, rendah sikit berbanding kad kredit! Keuntungan dengan ar-rahnu bergantung sejauh mana kebijaksanaan memanfaatkan pinjaman. Yang benar-benar kaya dengan pajakan emas ialah peniaga emas yang suruh pembeli pajak ramai-ramai. Dia untung atas komisyen, bukan sebab dia pajak emas. Sedangkan pemajak emas untung nasibnya “untung secupak, rugi segantang”!
Kalau ada peniaga cakap “ar-rahnu adalah perniagaan”, sebenarnya keuntungan mereka ialah dengan menjual emas tu dengan jumlah yang lebih besar (sebab orang beli dengan duit pinjaman ar-rahnu), bukan dengan pajak tu sendiri. Pengalaman saya berkawan dengan otai-otai besar pelaburan emas, majoriti mereka tak main ar-rahnu. Mereka hanya memanfaatkan ar-rahnu untuk pusing modal bisnes jer. Bukan main “beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi” sebab cara macam tu terbukti menjerat pelabur ke dalam belengu hutang!

Keuntungan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu

Persoalannya, macam mana yang dikatakan untung dengan Teknik Manipulasi Ar-rahnu? “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” ialah teknik memanfaatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu dapat dijual bila harga emas naik melepasi “kos manipulasi”. Pemilik emas dapat dua (2) keuntungan iaitu:
Untung #1 – Untung kenaikan harga emas dalam simpanan ar-rahnu yang masih lagi milik kita.
Untung #2 – Untung kenaikan harga emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu yang ada di tangan.
Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh pun peluang untuk buat lebih untung. Wow, untung dua dalam satu!
Pelaburan emas teknik ar-rahnu

Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu

Tapi syaratnya… Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan tu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 – 12 bulan). Kalau harga emas tak melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang saya maksudkan ialah:
Kos #1 – Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Katakanlah anda beli coin 1 dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8.0% setiap item.
Kos #2 – Kos “upah simpan” di ar-rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar “upah simpan” dan “margin pinjaman” yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.

Untung Secupak, Rugi Segantang?

kos teknik manipulasi ar-rahnuKiraan mengikut andaian emas yang dibeli dengan duit pinjaman; item yang susut nilainya 6% dan kos “upah simpan” 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.
Sebagai contoh, perhatikan bulan ke-6 petak kuning dalam jadual di atas. Katakanlah pada bulan ke-6, harga emas naik 15%, maka kita untung 2.10% (15.00% – 12.90%) kalau jual emas yang ada ditangan iaitu yang kita beli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Maksudnya, kalau dapat pinjaman ar-rahnu bernilai RM10,000, kita untung RM210. Itu belum kira keuntungan emas yang kita cagarkan dalam ar-rahnu. Tapi katakanlah  harga emas cuma naik 8%, maka kita rugi 4.90% (8.00% – 12.90%) atau RM490. Kalau harga emas turun 5%, maka kita rugi 17.90% (5% + 12.90%) atau RM1,790!
potensi keuntungan teknik manipulasi ar-rahnu
Ok sekarang, nampak tak potensi untung berbanding rugi? Sebab tu saya panggil ini teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau untung, untungnya sedikit. Kalau rugi, ruginya banyak! Jadi sebelum nak buat teknik ni, fikir dulu masak-masak. Kalau rasa lena tidur malam, boleh teruskan. Kalau boleh menggangu tidur, baik simpan jer emas tu.
jana keuntungan dengan ar-rahnu

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Kalau nak buat teknik ni, ini tips penting untuk kurangkan risiko kerugian:
Tips #1 – Pajak emas hanya bila berlaku penurunan mendadak, at least sekitar 10% – 15%. Biasanya bila harga turun mendadak, harga akan naik balik dalam tempoh tak begitu lama.
Tips #2 – Asingkan sebahagian duit pinjaman untuk kos “upah simpan” selama 6 bulan. Kalau harga emas tak naik, mungkin anda boleh guna duit tu untuk bayar “upah simpan” dan mencuba lagi nasib dengan sambung tempoh pajakan.
Tips #3 – Pajak dalam jumlah berpada-pada. Kalau anda ada 200 gram emas, pajak emas tu jangan lebih 100 gram. Katakanlah harga turun 5% yang menyebabkan anda kerugian 17.90%, anda masih ada ‘modal’ lain untuk tebus emas tu dari ar-rahnu.
Tips #4 – Beli item emas yang “susut nilai”nya paling rendah. Lagi rendah susut nilainya, untungnya lebih cepat, dan lebih banyak. Emas yang susut nilai lebih rendah biasanya berbentuk “jongkong” atau “syiling dinar”, bukan “barang kemas”.
Tips #5 – Berniaga emas! Bila anda berniaga emas, biasanya anda boleh jimat kos “susut nilai” sebab emas tu anda boleh jual kepada pembeli baru pada harga “PG Sell”. Jual emas tanpa susut nilai.

Keuntungan Emas Selepas 2012

Untuk pengetahuan anda, teknik ini memang “dijamin untung” sebelum tahun 2012 sebab harga emas naik secara konsisten. Pendek kata, kalau beli hari ni, 6 bulan akan datang confirm boleh jual sebab harga dah melepasi susut nilai. Tapi sejak 2012, kenaikan harga emas tak begitu konsisten. Dan itulah sebabnya pemajak tegar ramai yang kecundang.
Analisis Harga Emas Public Gold
Sejak 2012, orang paling gembira ialah pengumpul-pengumpul emas macam saya, bukan spekulator. Lagi harga turun, lagi saya senyum sebab matlamat saya nak tambah kepingan emas dari semasa ke semasa sebab saya percaya, akhir sekali orang yang paling kaya ialah mereka yang memiliki banyak “real asset” seperti emas, perak, tanah dan hartanah. “Real Asset” nilainya akan sentiasa naik dalam jangka panjang. Orang yang simpan duit kertas, kekayaannya confirm susut setiap tahun dimakan inflasi. Itu belum lagi kira duit tu bocor dibelanjakan.
Wallahu a’lam.
https://publicgold.com.my/referral/PG050546/591571