Realiti tentang inflasi di Malaysia
dipetik drp imoney.com
Assalamulaikum wbt..
Kepada ahli group UGN dan pembaca yang dihormati sekelian/
Perkara pertama yang datang ke minda apabila anda berbual tentang inflasi adalah kenaikan harga barangan keperluan asas pada hari ini. Tapi sedalam manakah pemahaman kita tentang inflasi dan bagaimana ianya memberi kesan ke atas kuasa membeli rakyat?
Apakah itu inflasi?
Mari kita rujuk dari segi teknikal seketika. Berdasarkan Kamus Online Cambridge, definisi inflasi ialah “peningkatan harga yang berterusan secara umum”. Kadar
inflasi pula mengukur kadar di mana harga ini meningkat, dalam bentuk peratusan. Kadar inflasi pada tahap 3% (berdasarkan Indeks Harga Pengguna Kebangsaan) membawa maksud bahawa perbelanjaan purata individu ke atas barangan utama dan servis telah meningkat pada kadar 3% sepanjang tempoh setahun.
Inflasi di rumah
Dengan pemahaman jelas tentang apakah itu inflasi, bagaimana ia memberi kesan kepada rakyat Malaysia? Mengikut Trading Economics (data sehingga 31 Ogos, 2013), kadar inflasi Malaysia adalah pada tahap 1.9%, dengan peningkatan dari 1.6% pada Disember 2012.
Ini bermakna, kadar peningkatan harga adalah sedikit pantas berbanding tahun lepas. Walaubagaimanapun, demi membendung kesan negatif inflasi, kerajaan Malaysia telah memasukkan beberapa barangan asas utama ke dalam senarai barangan kawalan untuk mengekalkan kemampuan rakya
t untuk memiliki barangan tersebut di samping mengelakkan penipuan harga semasa kekurangan bekalan dan juga untuk melambatkan pergerakan inflasi.
Bagaimana pula dengan kuasa membeli?
Secara semula jadi, kuasa membeli akan merosot disebabkan inflasi. Dengan harga yang semakin meningkat, ianya adalah mustahil bagi jumlah Ringgit untuk mempunyai kuasa pembelian barangan dan servis yang sama seperti sebelumnya. Mari lihat contoh yang mudah. Roti canai yang dijual pada harga 70 sen sekeping pada 5 tahun lepas kini dijual pada harga RM1 sekeping di kebanyakan kedai mamak.
Contoh klasik inflasi
Anda mungkin pernah berdepan dengan inflasi sepanjang hidup anda. Tiket wayang yang dahulunya bernilai RM6 apabila anda merupakan seorang remaja kini telah meningkat kepada RM10 pada hari bekerja. Tapi apakah sebab di sebalik peningkatan ini?
Inflasi boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan bekalan dan permintaan. Harga diesel telah berganda sejak awal tahun 2000 kerana permintaan telah meningkat dengan ketara di seluruh dunia manakala bekalan tidak bertambah pada kadar yang sama. Pada tahun 2000, harga diesel ialah 70
sen seliter dan hari ini ianya berharga RM2 seliter.
Sebab lain berlakunya inflasi adalah disebabkan peningkatan kos pembuatan. Sebagai contoh, disebabkan kenaikan harga minyak baru-baru ini, kita dapat melihat harga barangan lain juga meningkat. Ini adalah kerana peningkatan kos pengangkutan untuk memindahkan barangan dari titik A ke titik B. Akibatnya, harga akhir barangan dinaikkan sepanjang tempoh masa yang lama.
Inflasi sudah tentunya memberi impak kepada poket kesemua pengguna dalam jangka masa panjang dari pelbagai sudut. Dengan itu, pengguna perlu mempraktikkan pengurusan kewangan yang bijak untuk mengemudi arus inflasi serta kadar kenaikannya.
Bagaimana rakyat Malaysia boleh menangani inflasi dan kenaikan harga barangan?
Adalah sukar untuk pengguna untuk mempengaruhi kadar inflasi sebagai individu kerana ianya adalah berbeza di setiap negara. Walaubagaimanapun, apa yang
rakyat Malaysia mampu lakukan ialah dengan bertindak bijak dalam menguruskan wang mereka untuk menangani inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.
SIMPANLAN EMAS DAN PERAK FIZIKAL UNTUK LINDUNGI ASET ANDA
Call/Whatsup/Telegram: 019 2915336 Abg Man..
No comments:
Post a Comment