Sunday

10 Petua Sikap Positif

dipetik drp www.laman-map.com

Assalamulaikum wbt..
Kepada ahli UGN dn pembaca sekelian..

Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.
Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.
Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.
Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.
Petua 3 : Ubah Penampilan Diri
Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.
Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
  1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
  2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
  3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
  4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
  5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
  6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
  7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
  8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
  9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
  10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.
Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.
Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.
Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.


Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita


Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

SEKIAN

Saturday

Emas Kalis Inflasi?

Emas Kalis Inflasi?

Assalamulaikum warga UGN & pembaca sekelian..

Apakah itu inflasi....lihat gambar dibawah untuk tatapan bersama...


Inflasi adalah  sesuatu keadaan ekonomi yang berlaku di sebabkan oleh kenaikan harga (kebanyakan barangan dan perkhidmatan) yang berterusan sehingga memberi kesan kepada kadar nilai wang semasa.

Oleh sebab itulah, pada masa sekarang adalah lebih mudah untuk menjadi jutawan dengan memiliki wang RM1 juta berbanding dengan 20 atau 30 tahun yang lalu. Ini adalah disebabkan nilai RM sudah jatuh walaupun dari segi (nilai muka) jumlah angka masih tetap sama!

RM1 juta hari ini jika dinilai atau dihitung pada nilainya jauh lebih murah daripada RM1 juta 20 atau 30 tahun yang lalu. Sebab itulah Jutawan “modern” tak seperti jutawan dulu-dulu…Mungkin 30 tahun yang lalu dengan RM1, kita boleh menikmati sarapan pagi tetapi hari ini dengan RM1 kita mungkin hanya mampu minum secawan teh O sahaja ! sekiranya dapat…

Jadi Apakah Punca Inflasi?
Berikut saya senaraikan 5 jenis punca yang mendorong kepada keadaan inflasi dalam ekonomi sesebuah negara;-


1. Inflasi Tarikan Permintaan
 Berlaku apabila bekalan barangan dan Perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih. Contohnya apabila taraf hidup rakyat meningkat dengan kenaikan pendapatan yang diterima oleh kakitangan awam pada tahun lepas.

2. Inflasi Tolakan Kos
 Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. Contohnya apabila berlaku kenaikan harga minyak (petrol/diesel/gas) pada masa yang sama kita dapat rasai kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

3. Inflasi Bekalan Wang
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.

4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran,

5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau tidak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada negara pengeksport. Contohnya dalam isu bekalan beras kebelakangan ini.
Justeru itu, adalah penting bagi kita semua memberi perhatian terhadap kos sara hidup kita pada hari ini memandangkan ianya lebih cepat meningkat berbanding dengan apa yang diperolehi hasil daripada pendapatan kita. Ini menjadikan pengurusan kewangan pada hari ini semakin mencabar dan seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya.

Ingin saya kongsikan bersama gambar dibawah ini yang menunjukkan dengan jelas bahawa emas adalah kalis inflasi



Anda sudah mengerti?maka bertindahlah segera...mulakan simpanan dengan membeli emas!
Whatsup/Telegram Abg Man 019-29153

Apakah itu Inflasi??

Realiti tentang inflasi di Malaysia

dipetik drp imoney.com
Rakyat Malaysia boleh bertindak dengan bijak dalam menguruskan kewangan mereka untuk mengatasi masalah inflasi dan peningkatan kos sara hidup.
Assalamulaikum wbt..
 Kepada ahli group UGN dan pembaca yang dihormati sekelian/
Perkara pertama yang datang ke minda apabila anda berbual tentang inflasi adalah kenaikan harga barangan keperluan asas pada hari ini. Tapi sedalam manakah pemahaman kita tentang inflasi dan bagaimana ianya memberi kesan ke atas kuasa membeli rakyat?
Apakah itu inflasi?
Mari kita rujuk dari segi teknikal seketika. Berdasarkan Kamus Online Cambridge, definisi inflasi ialah “peningkatan harga yang berterusan secara umum”. Kadar
inflasi pula mengukur kadar di mana harga ini meningkat, dalam bentuk peratusan. Kadar inflasi pada tahap 3% (berdasarkan Indeks Harga Pengguna Kebangsaan) membawa maksud bahawa perbelanjaan purata individu ke atas barangan utama dan servis telah meningkat pada kadar 3% sepanjang tempoh setahun.
Inflasi di rumah
Dengan pemahaman jelas tentang apakah itu inflasi, bagaimana ia memberi kesan kepada rakyat Malaysia? Mengikut Trading Economics (data sehingga 31 Ogos, 2013), kadar inflasi Malaysia adalah pada tahap 1.9%, dengan peningkatan dari 1.6% pada Disember 2012.
Ini bermakna, kadar peningkatan harga adalah sedikit pantas berbanding tahun lepas. Walaubagaimanapun, demi membendung kesan negatif inflasi, kerajaan Malaysia telah memasukkan beberapa barangan asas utama ke dalam senarai barangan kawalan untuk mengekalkan kemampuan rakya
t untuk memiliki barangan tersebut di samping mengelakkan penipuan harga semasa kekurangan bekalan dan juga untuk melambatkan pergerakan inflasi.
Bagaimana pula dengan kuasa membeli?
Secara semula jadi, kuasa membeli akan merosot disebabkan inflasi. Dengan harga yang semakin meningkat, ianya adalah mustahil bagi jumlah Ringgit untuk mempunyai kuasa pembelian barangan dan servis yang sama seperti sebelumnya. Mari lihat contoh yang mudah. Roti canai yang dijual pada harga 70 sen sekeping pada 5 tahun lepas kini dijual pada harga RM1 sekeping di kebanyakan kedai mamak.

Contoh klasik inflasi
Anda mungkin pernah berdepan dengan inflasi sepanjang hidup anda. Tiket wayang yang dahulunya bernilai RM6 apabila anda merupakan seorang remaja kini telah meningkat kepada RM10 pada hari bekerja. Tapi apakah sebab di sebalik peningkatan ini?
Inflasi boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan bekalan dan permintaan. Harga diesel telah berganda sejak awal tahun 2000 kerana permintaan telah meningkat dengan ketara di seluruh dunia manakala bekalan tidak bertambah pada kadar yang sama. Pada tahun 2000, harga diesel ialah 70
sen seliter dan hari ini ianya berharga RM2 seliter.
Sebab lain berlakunya inflasi adalah disebabkan peningkatan kos pembuatan. Sebagai contoh, disebabkan kenaikan harga minyak baru-baru ini, kita dapat melihat harga barangan lain juga meningkat. Ini adalah kerana peningkatan kos pengangkutan untuk memindahkan barangan dari titik A ke titik B. Akibatnya, harga akhir barangan dinaikkan sepanjang tempoh masa yang lama.
Inflasi sudah tentunya memberi impak kepada poket kesemua pengguna dalam jangka masa panjang dari pelbagai sudut. Dengan itu, pengguna perlu mempraktikkan pengurusan kewangan yang bijak untuk mengemudi arus inflasi serta kadar kenaikannya.

Bagaimana rakyat Malaysia boleh menangani inflasi dan kenaikan harga barangan?
Adalah sukar untuk pengguna untuk mempengaruhi kadar inflasi sebagai individu kerana ianya adalah berbeza di setiap negara. Walaubagaimanapun, apa yang
rakyat Malaysia mampu lakukan ialah dengan bertindak bijak dalam menguruskan wang mereka untuk menangani inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.
SIMPANLAN EMAS DAN PERAK FIZIKAL UNTUK LINDUNGI ASET ANDA
Call/Whatsup/Telegram: 019 2915336 Abg Man..



Thursday

Skill Manipulasi Ar Rahnu

Assalamulaikum wbt..

Kepada ahli UGN dan pembaca yang dikasihi..

TEKNIK 1 : Beli Emas Fizikal Ketika Harga Rendah dan Jual Apabila Harga Tinggi

Ini adalah kaedah yang paling senang sekali. Belilah emas ketika harga rendah dan jual kembali semasa harga tinggi. Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti Syiling Emas, Dinar Emas dan semua barang kemas SinarGold dan LiteGold.
Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan. Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan. Memandangkan emas yang dibeli adalah emas fizikal anda boleh memajaknya di mana-mana Ar- Rahnu kalau nak pakai duit. 



Lihat rajah kenaikan emas dalam masa 10 tahun, dan cuba buat perkiraan mudah. LUMAYANKAN!!



 TEKNIK 2 : Buat Pinjaman Semaksimum Mungkin Dan Beli Emas Fizikal

Berdasarkan analisa mereka yang bergiat dalam pelaburan emas membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik. Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya. Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Kajian kes:   
Katakanlah jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM213 sebulan.  Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM12,780.00. 



Jika RM10 000 semuanya anda beli emas SinarGold. Berdasarkan kenaikan emas 10 tahun terkini, kenaikkan emas setahun ialah 35%, jadi jika 5 tahun.Bermakna:

-          - 35% x 5 = 175%.
-          - RM10,000 x 175% = RM17,500 (keuntungan dlm 5 tahun)
-          -   RM17,500 + RM10,000 = RM27,500.00 (keseluruhan wang anda perolehi)

-


TEKNIK 3 : Rembat + Rempit + Multiply 


 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGGANDAKAN 
SIMPANAN STOK EMAS ANDA DENGAN MODAL 
HANYA SEKALI DIKELUARKAN
+
DAH RAMAI YANG BUAT DAN BERJAYA DALAM MENGEMBANGKAN SKILL INI
+
MEMANG MUDAH 
GUNAKAN KEMUDAHAN 
AR-RAHNU 
YAPEIM / AGRO BAN
K



KADAR UPAH SIMPAN DI -
AGRO = 0.75%
YAPEIM = 0.65%
BANK RAKYAT = 0.65 - 0.75%




     TEKNIK 4: Rembat + Rempit + Multiply + Overlaps

GUNAKAN KEMUDAHAN AR-RAHNU
KETIKA RATES HARGA SEMASA EMAS MELONJAK





Tuesday

Graf "SPOT" Live

Graf "SPOT" Live

1) Gold Oz/USD (3 days)




2) Gold Oz/MYR (3 days)



3) Silver Oz/USD



4) Gold Oz/USD (1 year)





5) Gold Oz/MYR (1 year)


















6) Gold/Silver Ratio (2years)



7) Gold Long Term Graph




8) Silver Long Term Graph



P.S : Graf-graf diatas adalah bersifat "Live Streaming". Data-data sentiasa di kemaskini secara otomatik setara dengan pergerakan harga Emas dan Perak di pasaran antarabangsa.

P.S.S: Data dalam graf-graf diatas lebih sesuai dijadikan rujukan umum pergerakan harga Emas dan Perak dalam tempoh yang dinyatakan..

Menjana Keuntungan Melalui Kemudahan Ar-Rahnu??

Assalamulaikum wbt..

Apa khabar ahli Ulekmayang Gold Network dan pembaca sekelian..
Semoga sejahtera dunia dan akhirat..
Untuk posting kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang teknik dan tips menjana keuntungan dengan kemudahan Ar-Rahnu secara jelas dan mudah. Ini kerana, melalui pemerhatian saya masih terdapat kekeliruan yang wujud pada sesetengah pelabur yang mahu menggunakan teknik pajakan untuk melipat gandakan lagi keuntungan dari pelaburan asal mereka.

Kekeliruan ini wujud kerana mereka tidak memahami secara jelas cara sebenar untuk melakukan teknik ini. Mereka terlalu ghairah dalam mengejar keuntungan dan hanya ikut-ikut tanpa mendapatkan maklumat yang lengkap untuk mengenalpasti pulangan dan risiko yang terlibat.

Pada akhirnya duit pinjaman Arrahnu dibelanjakan, upah simpan tidak dapat dijelaskan dan Emas pula akan dilelong.

Untuk pengetahuan anda, memajakkan sesuatu aset merupakan satu bentuk LEVERAGE. Penggunaan laverage yg betul dpt melipat gandakan keuntungan, manakala jika tersalah urus, ianya dapat menggandakan pula risiko anda.

Berikut adalah tip-tip penting membuat pajakan Ar-Rahnu:-
  1. Kenal pasti objektif anda terlebih dahulu. (Modal Pusingan Perniagaan -ATAU- Pelaburan)
  2. Pajakan bermotifkan "Modal Pusingan Perniagaan" boleh dibuat bila-bila masa.
  3. Pajakan bermotifkan "Pelaburan" hanya boleh dibuat ketika harga Emas sedang membuat pembetulan didalam TREND yg masih menaik ! 
  4. Pastikan anda membeli emas permulaan dengan kuantiti yang kecil.(10gm/20gm). Ini bertujuan memudahkan anda menebusnya pada masa akan datang kerana nilainya adalah kecil. Cth; Jika modal anda RM50K, belikan emas dalam range produk yang kecil iaitu 10gm * Z keping + 20gm*Y keping.
  5. masih 
  6. Pajakan dengan banyak lapisan akan mendedahkan anda kepada risiko yang tinggi!


Berikut ialah 2 objektif mengapa anda perlu membuat pajakan Ar-Rahnu:-  
   
1) Untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.

Modal pusingan perniagaan bermaksud tunai yang anda perlukan untuk membeli semula Emas daripada pengedar/customer anda.

Langkah pertama: Buat pembelian emas pertama anda menggunakan keseluruhan modal dalam variasi Emas berkuantiti kecil.

Langkah kedua: Pajakan setiap Emas anda dengan teknik Satu Item Satu Surat Pajakan. Simpan kepingan terakhir untuk modal tebusan untuk masa akan datang.

Langkah ketiga: Gunakan pinjaman tunai Ar-Rahnu hasil dari pajakan untuk anda beli semula Emas dari pelabur yang lain.

Langkah keempat: Bayar TOTAL upah simpan untuk kesemua Emas pajakan anda untuk menyambung pajakan dan juga mengelakkan dari Emas anda dilelong.

Langkah kelima: Jika tidak, tebus sahaja Emas anda. Jualkan Emas yg berada ditangan hasil pembelian dr duit pajakan itu dan mula menebus dengan menjelaskan sekali upah simpannya atau kos2 lain yang terlibat.


2) Untuk menjana keuntungan dari modal asal secara berperingkat (Leverage)

Teknik ini juga sinonim dengan panggilan REMPIT EMAS. Teknik ini hanya sesuai dibuat semasa berlakunya market correction dalam trend harga Emas yang menaik sahaja!! Apabila harga Emas menunjukkan pembetulan, anda boleh lakukan langkah2 dibawah untuk menggandakan lagi keuntungan anda.

Berikut adalah langkah2 membuat pajakan:
  1. Pajakkan kesemua Emas anda Satu Item Satu Surat dan dapatkan tunai.
  2. Gunakan kesemua tunai hasil dari pajakan Emas tadi untuk membeli lagi Emas pada harga yang rendah (correction price).
  3. Apabila harga Emas kembali melonjak dan untung. Jualkan kesemua Emas hasil dari tunai pajakan.
  4. Gunakan tunai itu untuk menebus Emas anda satu persatu. Ulangi proses ini sehingga kesemua Emas anda selesai ditebus. Dan pada akhirnya, anda telah meraih keuntungan dengan memanfatkan Arrahnu.

Kesimpulan:

1) Teknik pajakan yang pertama amat membantu anda untuk membuat pusingan modal perniagaan Emas. Teknik yang mudah difahami dan mudah diuruskan.

2)Teknik pajakan kedua adalah lebih "tricky" dan "complicated". Kegagalan anda untuk memahami teknik ini  dengan baik boleh membuatkan anda terperangkap didalam kemudahan Pajakan Arrahnu itu sendiri.

3)Teknik pajakan kedua bergantung pada tempoh masa perubahan trenda harga emas. Jika harga Emas memakan masa yang lama untuk memulakan trend kenaikkannya kembali. Maka anda menanggung upah simpan yang tinggi bagi setiap Emas pajakan anda. Kegagalan menjelaskan upah simpan membuatkan Emas anda akan dilelong.

Oleh itu, sebelum membuat sesuatu pajakan menggunakan Emas anda, teliti dahulu objektif mengapa anda perlu memajak. Jika tiada keperluan, lebih baik disimpan. Anda tidak rugi apa2 jika anda tidak membuat teknik pajakan. Tetapi anda lebih berisiko untuk rugi jika anda melakukan teknik  pajakan tanpa anda memahami kaedahnya dengan betul. Semoga dengan penerangan yang jelas ini dapat memberikan anda panduan dalam menjana keuntungan dari fasiliti Ar-Rahnu. Saya hanya memberikan idea dan konsep teknik-teknik diatas. Untuk pengiraan yang tepat anda boleh buatkan pengiraan sendiri dengan memasukkan jumlah pembelian, pajakan dan upah simpan dengan tepat. 

Semoga Berjaya dalam pelaburan Emas n Perak fizikal!

Cedok Ilmu Emas di KITCO


logoAssalamualaikum  wbt..

Apa khabar warga Ulekmayang Gold Network dan pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.
Saya kat sini Alhamdulillah sihat sahaja. 
Baiklah, untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat terkenal dengan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain iaituwww.kitco.com
Saya akan menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan maklumat dan servis yang ditawarkan oleh kitco. InsyaAllah pengetahuan anda mengenai emas, perak dan komoditi  akan lebih mendalam selepas membaca artikel ini.

Apa itu kitco.com?

Untuk pengetahuan anda, kitco adalah salah satu penjual terkemuka dunia untuk logam berharga. Pejabat mereka mereka letaknya di Kanada dan mempunyai cawangan di Amerika.
Laman web mereka sangat terkenal dengan harga semasa emas, perak serta komoditi-komoditi yang lain.
tn_kitco_website
laman web kitco.com
Antara ilmu yang menarik dan boleh di perolehi di laman web kitco adalah:
1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik atau turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)
Ok, mari kita lihat satu persatu ilmu-ilmu ini:

1. Bagaimana mengetahui kenapa harga emas naik atau turun?

Setiap pembaca yang berminat tentang emas sudah pasti pernah melihat graf harga kitco bukan? Contoh graf kitco tersebut adalah seperti dibawah.
Memandangkan harga emas naik dan turun setiap masa, jadi apakah faktor yang menyebabkan kenaikan dan penurunan harga emas ini? Well anda boleh dapat jawapannya kat kitco.
contoh_graf_harga_kitco
Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas iaitu:
1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran
2. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
3. Situasi politik dunia
4. Situasi ekonomi dunia
Jadi, 2 daripada faktor berkenaan dinyatakan di dalam laman web kitco iaitu.
1. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
2. Faktor permintaan dan penawaran pasaran
Jadi, setiap kali anda melihat graf kitco, anda boleh ke laman web mereka untuk mendapatkan info kenapa harga emas naik @ turun.
huraian_kenapa_harga_naik
Bila USD lemah maka harga emas naik.
 kitco_price2
Bila USD kuat maka harga emas turun.
Jadi, kalau ada orang bertanya kepada anda “Eh, kenapa harga emas naik or kenapa harga emas turun ye?” Maka anda tengok ajer kat kitco untuk jawapannyer :)

2. Sejarah harga emas/perak.

Website kitco juga menyediakan sejarah harga emas dan perak serta beberapa logam lain.
Rekod sejarah harga emas adalah dari tahun 1833 dan perak pula sejak tahun 1792.
chart
chart2
Anda boleh check kat sini.
Anda boleh melihat pergerakan harga emas harian, bulanan, tahunan, 3 tahun dan 10 tahun.
chart_yearly
Contoh graf harga emas yang dipaparkan (harga tahunan)
Data yang diberikan sangat menarik dan bermanfaat. Jadi, jika anda melihat sendiri bagaimana kenaikan harga emas dari tahun ke tahun, sudah pasti anda akan kagum dengan trend kenaikan harga emas ini :)

3. Mendapat graf harga emas.

Jika anda mempunyai blog atau laman web dan berminat untuk meletakkan graf harga emas (macam kat blog jutawanemas nie) maka anda boleh menggunakan kod html yang disediakan oleh kitco.
free_chart
 Graf ini adalah percuma :)
Ini adalah contoh banner yang boleh anda gunakan.
tn_bannner
contoh banner
bannner2
contoh banner
Anda boleh ambil kod tersebut di sini dan copy paste ajer kat blog anda.

4. Forum perbincangan mengenai pelaburan logam berharga.

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di web kitco ialah forumnya.
Ini adalah link untuk ke forum kitco (https://www.kitcomm.com/index.php)
kitco_forum 
Info yang boleh diperolehi daripada forum kitco tersebut amatlah banyak dan berguna.
Saya sarankan anda untuk mengujungi forum kitco ini untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas mengenai precious metals investments dan juga komoditi yang lain.

Kesimpulan:

1. Laman web kitco sangat bermanfaat bagi mereka yang berminat mendapatkan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain.
2. Anda boleh melihat sendiri sejarah kenaikan harga emas kat kitco

Simpanan Emas vs Simpanan Wang

Assalamulaikum wbt..
Kepada semua ahli UGN dan pembaca sekelian..






Ramai yang terkeliru di antara simpanan dan pelaburan emas.Kelihatan seperti sama,tetapi ada bezanya.Jika ingin yang PALING HEBAT maka pilihlah simpanan emas,kerana dengan simpanan emas,anda mampu membuat pelaburan dalam masa yang sama.Namun seandainya anda menganggap emas sebagai pelaburan semata-mata,anda mungkin boleh kecewa kerana harga emas tidak naik ketika ingin menjualnya.
Bagi seorang penyimpan emas,membeli emas adalah untuk tujuan perlindungan kepada simpanan wang kertas yang langsung tidak relevan dijadikan simpanan.
Ini kerana sifat wang kertas yang lemah,dimamah inflasi dan hanya bertindak sebagai alat untuk jual beli sahaja,bukan untuk disimpan.Jika anda inginkan simpanan yang hebat dan unggul,maka simpanan emaslah jawapannya.


Tahukah anda?
Semua orang menyimpan wang,tapi sedarkah ke mana wang itu pergi sedikit demi sedikit-dicuri dengan cara terhormat.
Semua orang perlukan simpanan,tapi simpanan yang bagaimana ?
Berbaloikah simpan wang kertas sahaja ?
Semua orang perlu perlindungan kewangan,tapi bagaimana jika wang itu sebenarnya semakin tidak bernilai,hari demi hari?
Semua orang yang menyimpan wang tidak sedar wang mereka dirompak,jadi apa solusinya
Apakah perbandingan SIMPANAN WANG KERTAS dengan SIMPANAN EMAS ?
Lihat sendiri KELEBIHAN EMAS yang diakui oleh ramai pakar
 
1. Emas adalah wang yang sebenar – wang kertas pula dicipta oleh pihak berkepentingan
2. Emas tidak tidak susut nilai – wang kertas semakin tidak berharga
3. Emas kalis inflasi – wang kertas perlu ditambah dari semasa ke semasa untuk dapatkan barang yang sama
4. Emas mempunyai nilai intrinsik- wang kertas hanyalah sekeping kertas yg diperakui nilainya
5. Emas diiktiraf sepanjang zaman,di mana-mana – wang kertas berbeza nilainya ikut negara dan peredaran zaman
6. Emas mempunyai pelbagai fungsi – wang kertas hanya berfungsi sebagai matawang
7. Emas sebagai wang mempunyai nilai – wang kertas hanyalah wang fiat
8. Emas simpanan yang terbaik – wang kertas simpanan yang merugikan penyimpannya
9. Emas boleh dijadikan pelaburan – wang kertas hanya sesuai sebagai medium pertukaran (jual beli)
10. Emas tidak boleh dicipta – wang kertas boleh dicetak sesuka hati
11. Emas tidak boleh dimanipulasi –wang kertas boleh dimanipulasi
12. Ada beza antara emas sebenar dan emas tiruan – tiada beza antara wang kertas dan wang palsu (kos cetakan sama)
13. Emas banyak disebut dlm al Quran – tiada satu pun tentang wang kertas dlm al Quran
14. Emas umpama magnet menarik kekayaan penyimpannya – wang kertas ibarat kapal yang bocor,bila-bila masa boleh tenggelam..

Wallahuaklam..