Wednesday

Apa itu Overdraft (OD)

Assalamulaikum wbt..
Kepada Semua ahli Group Ulekmayang Gold Network & pembaca yang dihormati sekalian..
Sedikit infomasi tentang apakah itu Overdraff Bank (OD)

Secara amnya OD atau kemudahan Overdraft (Overdraft facility) adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, pinjaman kereta/kenderaan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di 'standby' kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.
Ciri-ciri OD :-
1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (menggunakan kemudahan cek).
2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit(FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).
3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu, jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.
Kalau anda sudah lama dengan bank tersebut, manakala kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. Sebagai contoh, anda mencagarkan Fixed Deposit berjumlah RM10,000, kemungkinan besar akan dapat RM20,000 OD.
4. OD ni boleh dipohon oleh pelanggan individu ataupun syarikat.
5. Persamaan OD dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.
Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-
> Kadar faedah OD = BLR – 1.5%
> kalau BLR semasa ialah 5.55% maka
> Kadar faedah OD anda = 5.55% - 1.5% = 4.05%

Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 7% maka
kadar faedah OD anda juga naik menjadi 5.5% (7% - 1.5%)
Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-
1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
2. Monthly rate
3. Daily rate

Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza. Jadi, walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Kadar Flat rate adalah yang paling mahal.
6. OD juga boleh digabungkan dengan Pinjaman Perumahan (Housing Loan) - Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda sudah membayar sebanyak RM40,000 dan baki pinjaman sebanyak RM60,000 maka pihak bank akan memberi kemudahan OD sebanyak RM40,000. Itu juga, tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu. Keadaan ini juga, bergantung kepada pihak bank kerana bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.
7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda - Jika anda gunakan asset tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda sudah gunakan sepenuhnya nilai OD anda, maka anda perlu selesaikan perbezaannya.
Sebagai Contoh:
=> Amount OD diluluskan - RM100,000
=> Nilai pasaran cagaran - RM90,000
=> Jumlah OD yang anda sudah dan sedang anda gunakan sebanyak RM100,000
=> Jumlah hutang yang perlu anda bayar serta-merta kepada bank ialah Jumlah OD sudah digunakan ditolak jumlah cagaran iaitu RM100,000 - RM90,000.

Jika anda tidak menggunakan OD tersebut sehingga nilai maksima, kemungkinan bank akan turunkan jumlah OD yang boleh anda gunakan itu.

8. Permohonan untuk OD agak sama dengan pinjaman-pinjaman yang lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau 95% nilai ASB anda. Tempoh permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda itu mempunyai risiko yang terlalu rendah kepada bank. Bagi kemudahan OD yang digabungkan bersama pinjaman perumahan, anda mungkin tidak memerlukan permohonan baru kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika anda tidak gunakan sesuatu jumlah wang dalam OD tersebut, jadi tiada apa-apa feadah yang dikenakan.
10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tidak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tidak menggunakannya tetapi bank telah pun 'standby' kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.
11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.
12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang masih tidak mencukupi itu akan secara automatik diambil dari kemudahan OD anda itu.
Peringatan!!! Kemudahan OD amat berguna jika kita tahu manfaatkanya. Tetapi jika salah guna ianya sama seperti penggunaan kad kredit di mana ianya boleh membebankan anda.

Kelebihan OD ini ialah ianya satu kemudahan standby facility dan jika tidak menggunakannya maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fees untuk mengekalkan kemudahan ini. Jika anda sesak nafas dari segi kewangan dan memerlukan duit segera maka anda tidak perlu pening-pening kepala guna kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along……

Wallahuaklam....

Friday

EMAS DAN PERAK DALAM AL QURAN



1
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعَٰمِ وَٱلْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ
14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
2
۞ وَمِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍۢ يُؤَدِّهِۦٓ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍۢ لَّا يُؤَدِّهِۦٓ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَآئِمًۭا ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا۟ لَيْسَ عَلَيْنَا فِى ٱلْأُمِّيِّۦنَ سَبِيلٌۭ وَيَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
75. Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
3
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كُفَّارٌۭ فَلَن يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِم مِّلْءُ ٱلْأَرْضِ ذَهَبًۭا وَلَوِ ٱفْتَدَىٰ بِهِۦٓ ۗ أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ وَمَا لَهُم مِّن نَّٰصِرِينَ
91. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. JUZUK KEEMPAT
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
4
۞ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلْأَحْبَارِ وَٱلرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَٰلَ ٱلنَّاسِ بِٱلْبَٰطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۗ وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ
34. Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
5
وَقَالُوا۟ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ ٱلْأَرْضِ يَنۢبُوعًا
90. Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami.
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
6
أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌۭ مِّن نَّخِيلٍۢ وَعِنَبٍۢ فَتُفَجِّرَ ٱلْأَنْهَٰرَ خِلَٰلَهَا تَفْجِيرًا
91. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus.
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
7
أَوْ تُسْقِطَ ٱلسَّمَآءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِىَ بِٱللَّهِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ قَبِيلًا
92. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
8
أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌۭ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَىٰ فِى ٱلسَّمَآءِ وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَٰبًۭا نَّقْرَؤُهُۥ ۗ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّى هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًۭا رَّسُولًۭا
93. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya". Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
9
أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ جَنَّٰتُ عَدْنٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ ٱلْأَنْهَٰرُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍۢ وَيَلْبَسُونَ ثِيَابًا خُضْرًۭا مِّن سُندُسٍۢ وَإِسْتَبْرَقٍۢ مُّتَّكِـِٔينَ فِيهَا عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ ۚ نِعْمَ ٱلثَّوَابُ وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقًۭا
31. Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
10
إِنَّ ٱللَّهَ يُدْخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ جَنَّٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍۢ وَلُؤْلُؤًۭا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌۭ
23. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
11
جَنَّٰتُ عَدْنٍۢ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍۢ وَلُؤْلُؤًۭا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌۭ
33. (Balasan mereka ialah) Syurga - syurga " Adn ", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
12
وَلَوْلَآ أَن يَكُونَ ٱلنَّاسُ أُمَّةًۭ وَٰحِدَةًۭ لَّجَعَلْنَا لِمَن يَكْفُرُ بِٱلرَّحْمَٰنِ لِبُيُوتِهِمْ سُقُفًۭا مِّن فِضَّةٍۢ وَمَعَارِجَ عَلَيْهَا يَظْهَرُونَ
33. Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
13
وَلِبُيُوتِهِمْ أَبْوَٰبًۭا وَسُرُرًا عَلَيْهَا يَتَّكِـُٔونَ
34. Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
14
وَزُخْرُفًۭا ۚ وَإِن كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۚ وَٱلْءَاخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلْمُتَّقِينَ
35. Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
15
فَلَوْلَآ أُلْقِىَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌۭ مِّن ذَهَبٍ أَوْ جَآءَ مَعَهُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ مُقْتَرِنِينَ
53. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
  Compare Translations   Set Check Point   Bookmark   Delete Item   Add to topic   Notes  
16
يُطَافُ عَلَيْهِم بِصِحَافٍۢ مِّن ذَهَبٍۢ وَأَكْوَابٍۢ ۖ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ ٱلْأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلْأَعْيُنُ ۖ وَأَنتُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
71. Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".